The Showcase - pameran kereta modifikasi di MIECC hujung minggu ini!

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan ketibaan Tahun Melawat Malaysia 2020 pihak pengurusan Galeri Kereta dan Super Rocket serta kerjasama Motonation, Mines Exhibition Center (MIECC) dan Asia GT Festival akan menganjurkan ‘The Showcase’.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

The Showcase merupakan himpunan kenderaan modifikasi dari seluruh Malaysia di Mines Exhibition Center (MIECC), Seri Kembangan pada 29 Feb (Sabtu) dan 1 Mac 2020 (ahad) dari jam 11pagi hingga 7malam.

 


Dengan bertemakan ‘When All Car Modders Meet’, acara ini menyediakan program permotoran unik dan bakal menyaksikan lebih 250 buah kenderaan modifikasi pelbagai tema, jualan kereta baru, e-games, pertandingan tarian B-boys, pameran Asia GT Festival, Demo Drift dan pelbagai lagi akan bergabung dibawah satu bumbung.

Dengan tiket masuk bernilai RM10/seorang, pengunjung yang hadir mungkin bakal membawa pulang hadiah cabutan bertuah seperti set Sunroof, pakej wrapping kereta , pelapik lantai kereta, minyak enjin, cendramata dan hadiah-hadiah lain.
 


Menurut Aulia Rahman Arsad dan Mohd Firdaus selaku pihak penganjur The Showcase, "program ini bukan sahaja dapat mengumpulkan peminat-peminat kenderaan modifikasi dari seluruh Negara tapi ianya jua bakal memberi impak ekonomi kepada pengusaha alat ganti, aksesori dan pengusaha industri pelancongan termasuk pengusaha hotel dan homestay.

Penyertaan dan maklumat lanjut mengenai The Showcase ini boleh didapati daripada laman sosial rasmi Galeri kereta dan Super Rocket atau boleh hubungi talian 016-2067507 (Aulia) atau 017-2444886 (Along).
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Acara yang berlangsung di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa MINES telah berjaya…