The Showcase: 300 buah konsep modifikasi, 7,000 orang pengunjung!

oleh Mohamad Hanif|
Dianggarkan hampir 7000 orang pengunjung telah membanjiri The Showcase yang berlangsung selama 2 hari bermula dari 29 Februari sehingga 1 Mac 2020 anjuran oleh Galeri Kereta dan Super Rocket dikuasai oleh Motonation, dengan kerjasama Asia GT Festival dan MIECC.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Acara yang berlangsung di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa MINES telah berjaya menghimpunkan sebanyak 300 buah jentera modifikasi dari pelbagai konsep dan tema antaranya; Widebody, konsep perlumbaan, USDM, JDM, MDM, Kcar, dan pelbagai lagi.

 


Pelbagai pengisian telah diatur untuk disajikan kepada peserta dan pengunjung yang hadir seperti pelancaran pasukan lumba Estrada Pulzar, perlumbaan simulator oleh Asia GT Festival, sesi bual bicara bersama penganjur Art Of Speed Malaysia - Encik Asep Ahmad, Penganjur Terpadu 2020 - Encik Suzaimi Ahmad, Penganjur Retro Havoc & Drive For Paul Malaysia - Encik Alie Kouppa, Penganjur Super GT Malaysia - Encik Fahrizal Hasan, booth-booth jualan dari pelbagai syarikat-syarika automotif dan pameran dari MARii.


 


Pengunjung juga turut disajikan dengan persembahan drift pasukan drift Westlake  dengan aksi-aksi yang cukup mengujakan dihadapan pintu masuk MIECC.

Bagi menghargai pengungjung yang hadir, sesi cabutan bertuah juga diadakan dengan jumlah hadiah keseluruhan mencecah RM20,000 tajaan Carroof Motorsports, Sapok Tembo, Dodomat Malaysia, FrontWheel Bastard dan banyak lagi.

 

 


"Walaupun perancangan kami tidak sampai 2 bulan dengan modal yang tidak besar, tetapi dengan hati yang besar kami cuba buat yang terbaik. 

"Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan, dan kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peserta, pengunjung serta kru-kru yang bertugas," ujar penganjur The Showcase 2020, Aulia Rahman Arsad dari Galeri Kereta dan Mohd Firdaus (Along Super Rocket). 

 


Nikmati sajian galeri gambar yang kami sediakan untuk tatapan anda, para pembaca Careta. 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
The Showcase merupakan himpunan kenderaan modifikasi dari seluruh Malaysia di Mines Exhibition…