Thailand beli empat jet pejuang baharu berharga RM1.7 billion

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Tentera Udara Diraja Thailand mengesahkan bahawa Kabinet negara itu pada Selasa telah bersetuju menyokong cadangan bagi membeli empat buah jet pertama dalam skuadron jet pejuang baharu yang berharga AS$413.67 juta (RM1.7 bilion) bagi tahun kewangan akan datang, lapor akhbar Bangkok Post semalam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Jurucakapnya, Prapas Sonjaidee mengesahkan berita tersebut seperti yang telah dilaporkan media Selasa lalu, yang memetik sumber kerajaan.

 

“Tentera udara akan membentangkan pelan pemerolehan tersebut dan bersedia untuk menjawab semua persoalan mengenai projek itu,” katanya.

 

Prapas bagaimanapun menekankan bahawa tiada sebarang kata putus dibuat setakat ini berkenaan sama ada jet pejuang yang akan dibeli adalah F-35.

 

Menurutnya, dua jawatankuasa telah ditubuhkan bagi mengkaji model jet pejuang terbaik dan dalam masa sama, pelan pemerolehan masih dinilai.

 

“Kesemua lapan jet pejuang skuadron baharu akan menggantikan jet F-16 ADF (Jet Pejuang Pertahanan Udara) yang telah ditamatkan tempoh penggunaan dari pangkalan Wing 1 di Nakhon Ratchasima pada 2021,” jelas Prapas.

 

Sementara itu, Ketua Tentera Udara Thailand, Napadej Dhupatemiya sebelum ini menyatakan minat mendalam terhadap jet halimunan F-35 buatan Amerika Syarikat (AS).

 

Beliau pada bulan lepas berkata, pesawat pejuang itu adalah pilihan terbaik kerana harganya telah jatuh daripada harga permulaan sebanyak AS$142 juta (RM593.9 juta), iaitu ketika ia mula memasuki pasaran.

 

Kini, pesawat tersebut boleh dibeli pada harga AS$82 juta (RM342.9 juta) sebuah, atau lebih separuh daripada harga asal.

 

 

 

 

– AGENSI 

Berita Berkenaan

Berita Global
  "Juruterbang PRC terbang terus di hadapan muncung RC-135 yang sedang menjalankan operasi selamat…
Berita Domestik
    Falcon Air merupakan syarikat yang menjalankan perkhidmatan menyewa, menyelenggara dan jual…
Berita Global
  "Ankara kini berada di setiap lapangan termasuk darat, laut, kapal selam, udara dan angkasa…