Jet China terbang agresif depan pesawat AS di Laut China Selatan

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari NST
Sebuah jet pejuang J-16 China melakukan "gerakan agresif yang tidak perlu" semasa memintas pesawat peninjau RC-135 Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) di Laut China Selatan minggu lepas, kata Markas Indo-Pasifik AS pada Selasa.


Insiden itu berlaku pada Jumaat, menurut Agensi Anadolu memetik kenyataan daripada markas berkenaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Juruterbang PRC terbang terus di hadapan muncung RC-135 yang sedang menjalankan operasi selamat dan rutin di Laut China Selatan di ruang udara antarabangsa mengikut undang-undang antarabangsa," menurut kenyataan itu.

Menurut markas itu, AS akan "terus terbang, belayar dan beroperasi - dengan selamat dan bertanggungjawab - di mana sahaja undang-undang antarabangsa membenarkannya."

"Pasukan Bersama Indo-Pasifik AS akan terus terbang di ruang udara antarabangsa dengan mengambil kira keselamatan semua kapal dan pesawat mengikut undang-undang antarabangsa," menurut kenyataan itu.

 

- jangan sampai meletus peperangan lagi...-

 

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
    Falcon Air merupakan syarikat yang menjalankan perkhidmatan menyewa, menyelenggara dan jual…
Berita Global
  "Ankara kini berada di setiap lapangan termasuk darat, laut, kapal selam, udara dan angkasa…
Berita Global
  “Korea Selatan menghantar 80 pesawat, termasuk, pesawat pejuang F-35A, sebagai tindak balas…