Tesla tangguh sementara pengeluaran Model 3

oleh Mohamad Hanif|
Tesla sekali lagi mengumumkan penangguhan sementara pengeluaran Model 3, sekaligus menampakkan kesulitan yang dialami oleh pihak Tesla dalam meningkatkan pengeluaran model sedan terbaru itu.

Ini merupakan insiden kedua yang dilaporkan oleh kilang pengeluaran Tesla di California sejak bulan Februari lalu.

Menurut jurucakap Tesla, tempoh penangguhan sementara ini akan digunakan bagi memperbaiki sistem automasi dan mengurangkan isu kesesakan yang dialami untuk meningkatkan kadar pengeluaran.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mengikut BuzzFeed yang pertama kali melaporkan insiden ini berkata, pekerja Tesla dipaksa menggunakan hari cuti bagi menyiapkan kerja sepanjang tempoh empat ke lima hari penghentian pengeluaran. 

Tesla kini sedang berusaha menyiapkan 2,500 buah kenderaan seminggu menuju akhir suku tahun kedua. Apa yang membimbangkan kini ialah Tesla hanya mampu menyiapkan sebanyak 2,000 unit sahaja, dan barisan produksi yang hampir keseluruhannya dikuasai oleh robot membantutkan lagi keadaan. 

Elon Musk mengakui kesilapannya suatu ketika dahulu yang terlalu mengagungkan sistem automasi dalam kilang pemasangan Model 3 akhirnya memakan diri sendiri. 


 

Bulan Februari menyaksikan buat pertama kalinya Tesla menangguhkan sementara pengeluaran Model 3 selama empat hari bagi menjalankan kerja menyelenggara kelengkapan automasi untuk memperbaiki sistem automasi dan mengesan kesesakan yang berlaku. 

Proses penangguhan sementara pengeluaran sesuatu model bagi mengenal pasti masalah yang berlaku merupakan suatu perkara biasa bagi sesetengah pengeluar. Walaubagaimanapun, ramai pakar berpendapat Tesla telah mengambil satu jalan mudah mempercepatkan proses bagi memasarkan produk mereka dengan lebih pantas, sehingga menyebabkan berlaku masalah pada awal fasa produksi. 

Sumber: Reuters, dan BuzzFeed

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam notis kepada negeri Texas dan California, Tesla memaklumkan akan mengurangkan 3,332 pekerjaan…
Berita Domestik
Antaranya ialah tempat duduk hadapan serba baharu dengan lencana Ludicrous Mode, spolier belakang…
Berita Global
Ketika ini Tesla sedang bergelut dengan perang harga dan penurunan jualan bagi kenderaan elektrik (…