Tesla Semi kini sedia memasuki fasa produksi (akhirnya)

oleh Mohamad Hanif|
Sehingga saat ini, pengeluar trak terkemuka dunia seperti Mercedes-Benz dan Volvo sudah pun melancarkan produk trak tugas berat berkuasa elektrik, namun timbul satu persoalan, apa sudah jadi dengan Tesla Semi?

Adakah Tesla sudah tidak berminat untuk meneruskan projek tersebut?

Menurut laporan daripada Electrek, sumber yang enggan dikenali itu memberitahu barisan produksi gandar pacuan bagi trak tersebut kini sudah bersedia, manakala barisan pemasangan umum pula kini sedang di dalam fasa terakhir ujian jaminan kualiti sebelum dibenarkan memasang Tesla Semi.

Beberapa laporan terdahulu menyebut Tesla memberikan bayangan trak semi berkuasa elektrik itu bakal memasuki fasa produksi dan sesetengah pelanggan bakal menerima unit pertama mereka pada tahun ini, namun tiada sebarang butiran lanjut diumumkan.

 


Ketika diperkenalkan pada tahun 2017, Tesla Semi merupakan sebuah trak Kelas 8 (Class 8 Truck) yang mempunyai kapasiti 36,287 kg, jarak pergerakan sejauh 482 km atau sehingga 805 km untuk varian yang lebih premium.

Serentak dengan itu, Tesla juga mengumumkan pembukaan tempahan Tesla Semi dengan tarikh sasaran pengedaran kepada pelanggan ditetapkan pada tahun 2019.

Namun, tahun berganti tahun, akhirnya Tesla kini sudah bersedia untuk memulakan produksi bersiri bagi trak tugas berat Tesla Semi.

Salah satu pelanggan terbesar Tesla, PepsiCo dilaporkan menjangkakan penghantaran 15 buah Tesla Semi untuk fasiliti Frito-Lay di Modesto, California menjelang akhir tahun ini.

Sumber: Electrek

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut California Highway Patrol, agensi yang memeriksa trak Tesla Semi tersebut mengesahkan…
Berita Global
Kini, salah sebuah prototaip Tesla Semi dilihat memunculkan diri di Kilang Tesla Fremont dan…
Berita Global
Ujian sulung ini bakal melibatkan sejumlah 35 buah van elektrik comel bagi merentasi jalan di…