Tesla sedang uji penggunaan penderia Lidar yang sebelum ini dikritik keras oleh Elon Musk

oleh Mohamad Hanif|
Antara kenyataan kontroversi yang dikeluarkan oleh Elon Musk adalah penggunaan penderia Lidar yang didakwa tidak diperlukan dalam usaha untuk mencapai keupayaan pemanduan autonomi penuh.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, baru-baru ini Tesla dilihat menguji ciri tersebut berdasarkan kelibat sebuah Model Y yang dipasang dengan pelbagai jenis penderia Lidar pada rak bumbungnya.

Difahamkan, unit penderia Lidar itu dibeli daripada Luminar sebagai sebahagian daripada perjanjian antara kedua-dua pengeluar tersebut.

 


Menurut pakar analisis Guidehouse, Sam Abuelsamid memberitahu Bloomberg, Tesla mungkin menggunakan unit penderia Lidar daripada Luminar untuk menguji keberkesanan ciri swapandu Autopilot Tesla.

Adakah ini bermakna dakwaan Elon Musk sebelum ini tidak benar? Ataupun benarkah sistem pemanduan autonomi penuh boleh dicapai dengan hanya menggunakan sistem kamera semata-mata tanpa bantuan penderia Lidar?

Tahun 2019, Elon Musk dalam satu persembahan menyebut penggunaan penderia yang mahal adalah tidak diperlukan di dalam sistem pemanduan autonomi.

Baru-baru ini susuk tubuh itu mengakui syarikat SpaceX menggunakan teknologi tersebut pada kapsul Dragon, namun beliau masih percaya Tesla akan mencapai keupayaan autonomi penuh dengan hanya menggunakan kamera sahaja tanpa bantuan penderia Lidar.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam notis kepada negeri Texas dan California, Tesla memaklumkan akan mengurangkan 3,332 pekerjaan…
Berita Domestik
Antaranya ialah tempat duduk hadapan serba baharu dengan lencana Ludicrous Mode, spolier belakang…
Berita Global
Ketika ini Tesla sedang bergelut dengan perang harga dan penurunan jualan bagi kenderaan elektrik (…