Tesla saman PBT California kerana tidak benarkan kilang dibuka

oleh HEZERI SAMSURI|
Tesla Inc, syarikat kenderaan elektrik paling dikenali ramai telah menyaman Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) California semalam kerana enggan membenarkan syarikat itu membuka operasi kilang mereka di sana.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk turut mengugut akan memindahkan ibubejabat dan program-program akan datang syarikat itu ke Texas atau Nevada jika kilangnya tidak dibenarkan beroperasi.

Musk sudah lama mahu memulakan semula operasi kilang di Fremont, California itu walaupun jabatan kesihatan di kawasan itu berkata ia tidak boleh dibuka kerana perintah kawalan pergerakan di kawasan itu masih dikuat-kuasakan.

Tesla mendakwa ia telah menghasilkan SOP terbaik untuk pekerjaan semasa COVID-19 ini, termasuk latihan dalam video untuk pekerja-pekerjanya.

Tesla juga mendakwa PBT di Alameda County, di mana kilang Fremont itu berada, tidak menjawab panggilan telefon atau membalas email mereka.

Tesla mengemukakan samannya terhadap Alameda County di mahkamah persekutuan San Francisco semalam.

Tempoh PKP di Alameda County akan hanya berakhir pada hujung bulan Mei, dengan hanya industri perlu (essential) sahaja yang dibenarkan beroperasi dan Tesla tidak termasuk dalam kategori itu.

*Sumber dari Reuters

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam notis kepada negeri Texas dan California, Tesla memaklumkan akan mengurangkan 3,332 pekerjaan…
Berita Domestik
Antaranya ialah tempat duduk hadapan serba baharu dengan lencana Ludicrous Mode, spolier belakang…
Berita Global
Ketika ini Tesla sedang bergelut dengan perang harga dan penurunan jualan bagi kenderaan elektrik (…