Tesla rugi US$717 juta tapi masih ada pegangan tunai US$2.2 billion

oleh HEZERI SAMSURI|
Hari ini Tesla, syarikat kenderaan elektrik (EV) paling terkenal dunia mengumumkan kerugian terbesar pernah dialami oleh syarikat tersebut.

Menurut laporan kewangan suku kedua tahun ini, Tesla mengalami kerugian sebanyak US$717 juta atau hampir RM3 billion.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun begitu, Tesla meminta pemegang saham agar tidak runsing kerana syarikat itu masih mempunyai jumlah tunai yang banyak - US$2.2 billion atau RM8.9 billion.

Jumlah kerugian itu adalah yang paling teruk di dalam sejarah Tesla dan ia telah dijangkakan ole ramai pemerhati industri.

Namun begitu, simpanan tunai Tesla sebanyak RM8.9 billion itu jauh lebih banyak dari apa yang dianggarkan oleh pakar ekonomi.

Ia juga bermakna Tesla tidak perlu meminjam wang untuk membina kenderaan-kenderaan mereka.

 

 

CEO Tesla, Elon Musk berharap agar jualan Model 3, sedan EV paling mampu milik oleh syarikat itu akan membantu menaikan keuntungan syarikat.

Malah Tesla bercadang untuk menghasilkan 5,000 unit Model 3 setiap minggu bagi memenuhi permintaan. Tesla melaporkan ia pernah mencapai tahap itu pada bulan Julai lalu dengan membina 5,000 unit Model 3 dan 2,000 unit Model S dan X setiap minggu.

Model 3 yang berharga dalam US$35,000 atau RM142,500 itu masih belum lagi diserahkan kepada pemilik-pemiliknya. Tesla dikatakan akan membina varian premium Model 3 dahulu kerana jumlah keuntungan yang lebih tinggi.

Elon Musk juga berjanji Tesla akan memperkenalkan sistem autopilot yang lebih canggih pada bulan September ini.

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam notis kepada negeri Texas dan California, Tesla memaklumkan akan mengurangkan 3,332 pekerjaan…
Berita Domestik
Antaranya ialah tempat duduk hadapan serba baharu dengan lencana Ludicrous Mode, spolier belakang…
Berita Global
Ketika ini Tesla sedang bergelut dengan perang harga dan penurunan jualan bagi kenderaan elektrik (…