Tesla peroleh RM113b untuk suku kedua 2023, meningkat 47 peratus

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Tesla baru-baru ini melaporkan angka pendapatan lebih baik bagi suku kedua 2023, ia sejurus tindakan Tesla untuk menurunkan harga EV mereka di beberapa pasaran termasuk China dan US yang sekaligus meningkatkan permintaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk tiga bulan berakhir pada Jun, Tesla mencatatkan pendapatan USD24.9 bilion (RM113 billion), meningkat 47 peratus tahun ke tahun.

Tesla sekaligus berjaya mencatatkan pendapatan bersih sehingga USD2.7 bilion (RM12 billion) untuk suku tersebut, naik sehingga 20 peratus.

 

2

 

Walaubagaimanapun, margin operasi turun sedikit kepada 9.6 peratus disebabkan oleh siri pemotongan harga di China, US, Jepun dan beberapa pasaran lain.

Dalam tempoh April hingga Jun, Tesla telah menghasilkan 479,700 unit EV dan menghantar 466,140 unit.

Pada Mac dan April tahun lalu, Tesla telah membuka Berlin Gigafactory dan kilang Austin di US, di mana Shanghai Gigafactory kekal sebagai hab pengeluaran utama.

 

3

 

Shanghai Gigafactory telah menghantar 247,217 unit EV pada suku kedua, lebih 53 peratus daripada semua unit yang dihantar dalam tempoh itu.

Walaupun majoriti kenderaan buatan China dijual di dalam negara, Shanghai Gigafactory juga mengeksport model ke pasaran lain, terutamanya di rantau Asia-Pasifik.

Antara yang terkini menjadi pasaran eksport bagi EV Tesla dari Shanghai Gigafactory ialah pasaran Malaysia, di mana pelancaran rasmi jenama Tesla untuk pasaran Malaysia telah berlangsung pada 20 Julai.

 

Sumber: Nikkei Asia

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Laporan itu datang selepas Ketua eksekutif Tesla, Elon Musk membuat lawatan mengejut untuk bertemu…
Berita Domestik
Tesla baharu sahaja mengumumkan tarikh bagi tontonan umum untuk model trak sensasi mereka iaitu…
Berita Global
Dalam notis kepada negeri Texas dan California, Tesla memaklumkan akan mengurangkan 3,332 pekerjaan…