Tesla panggil balik 362,758 kereta susulan kerosakan perisian FSD

oleh Penyumbang Rencana|
Tesla pada Khamis memanggil semula 362,758 kereta Tesla untuk membaiki kecacatan pada perisian "Full Self Driving" (FSD) di Amerika Syarikat.

 

Penarikan balik itu meliputi kenderaan Model S (2016-23), Model X, Model 3s (2013-17) dan Model Y (2020-23) tertentu, menurut laporan dari  tca/dpa.

 

Tesla berkata mereka akan mengemas kini perisian over-the-air (OTA) percuma untuk kenderaan yang terjejas dan akan menghantar notis  pemberitahuan kepada pemilik selewat-lewatnya pada 15 April 2023.

 

Bertahun-tahun pengkritik “menyerang” syarikat itu dan mendakwa penggunaan perisian itu berisiko kepada keselamatan awam.

 

Meskipun pengawal selia dikatakan lambat bertindak namun langkah terbaru itu menunjukkan Pentadbiran Lalu Lintas dan Keselamatan Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA) semakin serius mengenai kenderaan pemanduan sendiri dan keselamatan awam, kata pakar sistem autonomi di George Universiti Mason, Missy Cummings.

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut kenyataan State Administration for Market Regulation (SAMR) di China, Tesla akan memanggil…
Berita Domestik
Dengan beberapa isu yang dihadapi, Tesla dilihat melakukan beberapa langkah baharu tahun ini…
Berita Domestik
Antara keperluan yang perlu dilakukan oleh Tesla ialah memasang sekurang-kurangnya 50 Supercharger…