TESLA NAIKKAN HARGA MODEL Y DI A.S, EROPAH LEBIH $1000

oleh Firdaus Razani|
Syarikat kenderaan elektrik, Tesla baru-baru ini mengumumkan kenaikkan harga untuk Model Y mereka di Amerika Syarikat dan juga beberapa negara di Eropah.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Tesla mengatakan melalui laman webnya, ia akan meningkatkan harga untuk semua kereta Model Y di Amerika Syarikat sebanyak $1,000 bermula pada 1 April.

Manakala untuk di beberapa negara Eropah, Tesla akan naikkan harga Model Y kira-kira sebanyak $2,177 yang bermula pada 22 Mac.

Ia diumumkan dalam siaran di media sosial X, menyusuli pengumuman Tesla  bahawa ia akan menaikkan harga untuk semua kereta Model Y di A.S. sebanyak $1,000 pada 1 April.

 

 

Tesla telah menaikkan harga pacuan roda belakang Model Y dan kenderaan jarak jauh masing-masing sebanyak $1,000 kepada $43,990 dan $48,990, pada 1 Mac.

Tesla telah memotong sementara harga beberapa kereta Model Ynya di A.S. pada Februari, hampir sebulan selepas ia mengurangkan harga di seluruh Eropah dan China.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk pada Februari lalu yang membalas siaran X dari syarikatnya yang mengumumkan bahawa harga akan naik pada bulan berikutnya.

"Ini adalah masalah pembuatan yang penting: kilang memerlukan pengeluaran berterusan untuk kecekapan, tetapi permintaan pengguna adalah bermusim,”katanya.

 

 

Margin Tesla telah terjejas oleh perang harga dengan saingan yang bermula lebih setahun lalu.

Pada bulan Januari, Tesla memberi amaran tentang pertumbuhan jualan yang "terutamanya lebih rendah" tahun ini kerana ia memberi tumpuan kepada pengeluaran EV generasi akan datang, yang diberi nama kod "Redwood."

 

SUMBER : Reuters

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk tempoh sembilan bulan, keuntungan bersih meningkat 18.1 peratus kepada 25.2 bilion yuan.…
Berita Global
Dengan subsidi kerajaan, tambang adalah kira-kira 1.5 yuan hingga 2 yuan (RM0.90 - RM1.20) bagi…
Berita Global
Dunia automotif juga mempunyai masalah yang sama, cuma ia hanya terhad kepada kenderaan-kenderaan…