Tesla Model S 85 dinaiktaraf sebagai kereta peronda polis Fremont ganti Dodge Charger

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Usaha untuk memastikan alam sekitar yang semakin bersih tidak akan tercapai tanpa sebarang sokongan daripada pihak berkuasa. 

Dengan cara ini, rakyat boleh menilai kesungguhan yang ditunjukkan oleh pihak berkuasa demi menjaga alam sekitar, dan tidaklah pula ibarat seperti ketam mengajar anak berjalan betul.

Begitulah contoh yang ditunjukkan oleh Fremont Police Department apabila mereka bertindak untuk menggantikan khidmat Dodge Charger 2007 kepada Tesla Model S 85 tahun 2014. 
 


Ia bukanlah satu tindakan yang baharu memandangkan sebelum ini mereka juga turut menambah beberapa kenderaan hibrid ke dalam pasukan peronda seperti Ford Escape hibrid (9 unit), Ford Fusion hibrid (5), Ford Fusion PHEV (4) dan tiga buah Toyota Prius. 

Bagi memastikan Tesla Model S 85 ini mampu menjalankan tugas-tugas rondaan dengan berkesan, ia dilengkapi dengan komponen tipikal kereta peronda, panel pintu yang diperkukuh serta peralatan komunikasi yang bersesuaian.

Menurut Sean Washington, ketua polis Fremont berkata, "projek perintis ini merupakan sebahagian daripada inisiatif teknologi dan bandar pintar dalam usaha untuk menjadikan Fremont sebuah komuniti yang lebih mampan.

Tesla Model S 85 ini dibeli pada pasaran kereta terpakai dengan kos sebanyak $61,478 (RM253,566++) manakala kos modifikasi kereta peronda pula menelan belanja sekitar $4,447 (RM18,342++). 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Bloomberg, kos untuk sebuah Model 3 varian permulaan kini bermula dari $38,990 (…
Berita Global
Contoh yang agak menarik untuk ditampilkan kali ini ialah sebuah Acura NSX generasi pertama (lampu…
Berita Domestik
Dengan beberapa isu yang dihadapi, Tesla dilihat melakukan beberapa langkah baharu tahun ini…