Tesla hentikan jualan Model X dan S versi RHD di UK

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Tesla baru-baru ini dilaporkan telah menghentikan jualan bagi Model X dan S versi pemanduan belah kanan atau RHD di pasaran UK berkuatkuasa serta merta.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Dengan beberapa isu yang dihadapi, Tesla dilihat melakukan beberapa langkah baharu tahun ini termasuk pemotongan harga bagi jualan beberapa model mereka serta yang terkini, penghentian jualan Model X dan Model S versi RHD.

Dalam hantaran e-mel yang diterima pelanggan, Tesla memberitahu pelanggan bahawa mereka sama ada boleh menerima penghantaran model pemanduan kiri (LHD) atau 'membatalkan sahaja' pesanan mereka.

 

2

 

Jika pelanggan mahu menukar tempahan mereka untuk Model X, Model 3 atau Model Y, Tesla akan menawarkan £2,000 (RM11,107) sebagai kredit untuk sokongan mereka.

Sebagai ganti kepada pelanggan untuk menukar tempahan Model X versi RHD dengan versi LHD, Tesla turut menawarkan pelanggan pengecasan super tanpa had selama tiga tahun percuma.

Sehingga kini, tiada sebab jelas mengapa Tesla menghentikan penjualan model Model X dan Model S versi RHD, ada juga yang beranggapan bahawa tindakan tersebut merupakan langkah penjimatan bagi menghadapi beberapa isu yang dihadapi.

 

3

 

Walaupun jualannya dihentikan di UK, ia turut memberi kesan kepada pelanggan dalam pasaran pemanduan kanan di seluruh dunia termasuk Australia, Jepun dan New Zealand.

Seorang profesor dari Birmingham Business School, David Bailey berkata, 'Tesla pada dasarnya telah memutuskan pasaran pemanduan belah kanan terlalu kecil untuk model kelas atasan mereka bagi mewajarkan perbelanjaan tambahan versi RHD.'

 

Sumber: CarDealer

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Bukan itu sahaja, beberapa varian tertentu turut diberikan naiktaraf prestasi. Seperti contoh,…
Berita Domestik
Bangunan dua tingkat tersebut mempunyai keluasan sekitar 55,000 kaki persegi itu turut menempatkan…
Berita Global
Namun tahukah anda, kos sebenar pek bateri sebenarnya jauh lebih mahal berbanding apa yang…