Tesla Model 3 Highland kini rasmi untuk pasaran US

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Selepas beberapa bulan dilancarkan untuk pasaran Eropah dan Asia, Tesla Model 3 2024 versi facelift atau dikenali dengan kod nama "Highland" kini rasmi untuk pasaran negara asalnya iaitu US.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sama seperti pasaran Eropah dan Asia, pasaran US turut ditawarkan dengan dua varian, iaitu RWD dengan jarak gerak 437 km (EPA) dan Long Range AWD dengan jarak gerak 549 km (EPA).

 

2

 

Kedua-dua varian itu juga ditawarkan dengan naik taraf, kemas kini dan spesifikasi yang hampir sama seperti pasaran Eropah dan Asia, di mana harganya ditawarkan bermula dari USD40,630 (RM188,665) untuk varian RWD dan USD40,630 (RM221,169) untuk varian Long Range AWD.

Bagaimanapun, masih tiada maklumat mengenai varian Performance, di mana menurut beberapa sumber ianya masih dalam pembangunan.

 

3

 

Tesla Model 3 2024 versi facelift yang dikemas kini itu sudah dibuka untuk pesanan di laman web Tesla US, dengan penghantaran dianggarkan bermula bulan ini.

 

Baca: Tesla Model 3 2024 versi facelift didedahkan untuk pasaran Malaysia

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam notis kepada negeri Texas dan California, Tesla memaklumkan akan mengurangkan 3,332 pekerjaan…
Berita Domestik
Antaranya ialah tempat duduk hadapan serba baharu dengan lencana Ludicrous Mode, spolier belakang…
Berita Global
Ketika ini Tesla sedang bergelut dengan perang harga dan penurunan jualan bagi kenderaan elektrik (…