Tesla lancar Model 3 secara rasmi - buka Flagship Experience Cenre di Malaysia

oleh HEZERI SAMSURI|
Jenama EV popular, Tesla melancarkan Model 3 Highland terkini secara rasmi di Malaysia hari ini.

Majlis yang berlangsung di pusat membeli belah Pavilion Damansara Heights itu berlangsung sekali dengan pembukaan Flagship Experience Centre, bilik pameran pertama Tesla di Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Model 3 ialah EV sedan paling popular dunia, dengan lebih dari dua juta unit terjual. Untuk pasaran Malaysia, Model 3 datang dalam dua varian:

Model 3 Standard (RM189,000)
- Pacuan roda belakang
- Motor elektrik tunggal
- Jarak gerak 513 km WLTP
- Pecutan 0-100 kmsj dalam 6.1 saat
- Kelajuan maksimum 201 kmsj
- Pengecaj DC sehingga 170 kW
- Waranti 8 tahun atau 160k km

Model 3 Long Range (RM218,000)
- Pacuan semua roda (AWD)
- Dua motor elektrik
- jarak gerak 629 km WLTP
- Pecutan 0-100 kmsj dalam 4.4 saat
- Kelajuan maksimum 201 kmsj
- Pengecaj DC sehingga 250 kW
- Waranti 8 tahun atau 160k km 

 

 

Warna standard ialah Putih Pearl Multi-Coat. Untuk pilihan warna lain, hitam dan biru metalik ialah tambahan RM5,000, warna Stealth Grey ialah RM7,500 dan warna Ultra Red ialah RM11,000.

Untuk roda aloi 19-inci Nova, harganya RM7,500. Untuk kabin dengan kombinasi warna hitam dan putih, tambahan RM5,000.

Bagi sistem Autopilot, pilihan Enhanced Autopilot dengan Auto Lane Change dan Autopark ialah tambahan RM16,000. Bagi sistem Full Self-Driving, tambahan RM32,000.

Varian Long Range dilengkapi dengan sistem audio 17 pembesar suara dengan dua subwoofer dan dua amplifier. 

Banyak pembaharuan dilakukan oleh Tesla untuk Model 3 ini. Antaranya:

Penggunaan cermin tingkap dan bumbung suria akustik untuk ruang dalam yang lebih senyap, skrin sesentih 8-inci dibelakang, bentuk hadapan yang lebih sporti, lampu belakang yang disepadukan dan sistem gantungan yang diberi penalaan baharu.

 

 

Malaysia menjadi antara negara pertama yang bakal menerima Model 3 dan mereka yang menempah sekarang akan menerima unit itu sebelum tahun hadapan.

Tesla Malaysia juga ingin menyatakan bahawa kerajaan Malaysia sangat berminat untuk menjemput Tesla bagi membuka kilang mereka di sini tetapi buat masa sekarang, Tesla tidak mempunyai perancangan tersebut.

Tesla juga mempunyai perancangan untuk menyediakan Supercharger di Pulau Pinang dan Ipoh. 

Buat masa sekarang, Supercharger sudah berada di Kuala Lumpur dan di Johor Bahru.

Nampaknya tidak ada lagi perancangan untuk memasang Supercharger di pantai timur.

 

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam notis kepada negeri Texas dan California, Tesla memaklumkan akan mengurangkan 3,332 pekerjaan…
Berita Domestik
Antaranya ialah tempat duduk hadapan serba baharu dengan lencana Ludicrous Mode, spolier belakang…
Berita Global
Ketika ini Tesla sedang bergelut dengan perang harga dan penurunan jualan bagi kenderaan elektrik (…