Tesla hantar wakil ke Indonesia, bincang pelaburan nikel bulan depan

oleh Mohamad Hanif|
Berita berkenaan kemasukan pengeluar Tesla ke pasaran Indonesia kini semakin bertiup kencang apabila pengeluar tersebut diberitakan akan menghantar delegasi ke Indonesia pada bulan hadapan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada Reuters, perbincangan antara kedua belah pihak itu bakal tertumpu kepada potensi pelaburan di dalam rantaian bekalan kenderaan elektrik.

Hal ini turut ditekankan oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo berkenaan rezab bekalan nikel yang dimiliki oleh negara tersebut, dan mereka mepunyai perancangan besar untuk menjadikan Indonesia selaku pengeluar terbesar bateri lithium.

Jumaat lalu, Menteri Penyelaras Maritim dan Pelaburan Indonesia Luhut Panjaitan bersama Jokowi telah pun menghubungi CEO Tesla Elon Musk untuk membincangkan peluang pelaburan Tesla di negara republik tersebut.

Tesla walaubagaimanapun tidak memberikan sebarang komen terhadap Reuters.

Indonesia kini semakin rancak menarik masuk beberapa syarikat besar dunia bagi membangunkan rantaian bekalan nikel penuh, khususnya untuk mengekstrak bahan kimia untuk menghasilkan bateri, dan seterusnya membina sendiri kenderaan elektrik pada masa akan datang.

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam notis kepada negeri Texas dan California, Tesla memaklumkan akan mengurangkan 3,332 pekerjaan…
Berita Domestik
Antaranya ialah tempat duduk hadapan serba baharu dengan lencana Ludicrous Mode, spolier belakang…
Berita Global
Ketika ini Tesla sedang bergelut dengan perang harga dan penurunan jualan bagi kenderaan elektrik (…