Tesla daftar paten teknologi lampu membelok automatik - sesuai untuk para pengguna jalan raya yang malas

oleh Mohamad Hanif|
Menggunakan lampu isyarat tidak menjadi masalah bagi sebahagian daripada kita pengguna jalan raya yang prihatin lagi berbudi bahasa budaya kita.

Namun, apa yang menjengkelkan ialah sikap sesetengah masyarakat yang enggan menggunakan ciri keselamatan ini sebagai sebahagian daripada tabiat memandu yang betul, terutama ketika menukar laluan dan memasuki simpang. 

Jika beberapa teknologi sedia ada sudah memudahkan urusan seharian seperti pintu auto-gate untuk SUV, MPV malah hatchback kecil, Tesla pula mengambil kesempatan ini untuk "memanjakan" lagi golongan pemalas jalan raya ini dengan mendaftarkan rekaan paten bagi teknologi lampu isyarat  membelok automatik (automated turn signal). 

 

 

Sistem ini menggunakan kombinasi data daripada beberapa peralatan pemanduan seperti sudut putaran stereng, input daripada kamera pengekalan laluan, serta radar dan pengesan ultrasonik yang menganalisis pergerakan kenderaan ketika berada di jalan raya. 

Sekiranya sistem mengesan kesemua input daripada peralatan berkenaan mencapai piawaian yang ditetapkan, lampu isyarat membelok akan menyala secara automatik mengikut arah pergerakan kenderaan. 
 

 

tesla by Fred Lamert on Scribd


Mungkin ada baiknya teknologi ini hadir ke pasaran Malaysia, yang mana terkenal dengan sikap sesetengah pengguna yang enggan menggerakkan jari mereka untuk memberikan isyarat ketika menukar laluan. 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Dengan kepakaran sebagai seorang jurutera perisian, beliau telah melakukan sedikit modifikasi…
Berita Global
Menurut CEO Tesla, Elon Musk berkata, trak pikap tersebut akan bersedia untuk didedahkan dalam masa…
Berita Global
Elon Musk sebelum ini mendedahkan bahawa trak pikap pertama dari Tesla akan diperkenalkan secara…