Tesla Cybertruck - trak pikap futuristik dengan prestasi seperti kereta sports!

oleh Mohamad Hanif|
Kami sedikit kelu, ketiadaan kata-kata saat melihat kali pertama trak pikap Tesla ini, adakah perekanya memang berasal dari masa hadapan itu tidak dapat dipastikan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Apapun perasaan anda (dan penulis), ketepikan dahulu kerana Tesla telah pun rasmi melancarkan trak pikap elektrik yang dinamakan sebagai Cybertruck ini. 

 


Dengan pengenalan Tesla Cybertruck, Tesla kini merupakan sebuah pengeluar automotif yang merangkumi kesemua segmen utama kenderaan, dimulakan dengan sedan besar Model S, sedan pertengahan Model 3, SUV besar Model X, crossover Model Y dan juga kereta sports Roadster. 

Rupa bentuk Tesla Cybertruck yang futuristik ini menurut Elon Musk, menampilkan penggunaan aloi keluli yang tahan lasak, tahan calar dan tahan lekukan, sesuai dengan peranannya sebagai sebuah kuda kerja.
 


Dari segi prestasi, Tesla Cybertruck didatangkan dengan trenkuasa elektrik yang mampu memecut sepantas 2.9 saat dari 0-100 km/j, dan boleh didapati dalam konfigurasi seperti berikut:

  • motor elektrik tunggal pacuan belakang
  • motor elektrik berkembar pacuan semua roda
  • tiga unit motor elektrik pacuan semua roda

Tesla Cybertruck mempunyai dimensi bed belakang skala industri 1.98 meter dengan keupayan mengangkut kargo seberat 1,587 kg. 

 


Untuk kegunaan offroad, Tesla Cybertruck didatangkan dengan sudut mendatang 35 darjah, sudut pelepasan 28 darjah dan mampu menunda beban sehingga 6,350 kg. 

Sistem gantungan pula menggunakan jenis suspensi udara adaptif yang mampu memberikan jarak kelegaan tanah sehingga 406.4 mm, atau boleh direndahkan bagi memberikan kestabilan ketika mengambil selekoh. 

 


Ruang dalaman pula tampil ringkas dengan skrin paparan yang besar di bahagian tengah. 

Walaupun dari luar kelihatan trak pikap ini mempunyai ruang kepala yang kecil, ia diseimbangkan kembali dengan penggunaan bumbung kaca panoramik bertujuan memberikan ilusi ruang yang lebih besar di bahagian dalam. 

 


Harga jualan pula bermula dari $39,900 (RM166,363) untuk model pacuan roda belakang yang memiliki jarak operasi 400 km dan pecutan sepantas 6.5 saat, manakala model tiga motor elektrik berharga $69,900 (RM291,449) yang mampu bergerak sejauh 800 km sekali cas!

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam notis kepada negeri Texas dan California, Tesla memaklumkan akan mengurangkan 3,332 pekerjaan…
Berita Domestik
Antaranya ialah tempat duduk hadapan serba baharu dengan lencana Ludicrous Mode, spolier belakang…
Berita Global
Ketika ini Tesla sedang bergelut dengan perang harga dan penurunan jualan bagi kenderaan elektrik (…