TESLA CYBERTRUCK KENA SENTIASA DIBERSIHKAN UNTUK ELAKKAN HAKISAN PANEL BADAN?

oleh Firdaus Razani|
Sebagai pemilik kenderaan baharu, siapa sahaja yang tidak menjaga kenderaan, pasti ingin kelihatan sentiasa bersih dan berkilat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, lain pula cerita jika anda seorang pemilik Tesla Cybertruck, kerana anda lebih perlu menjaga trak anda itu dengan lebih kerap dan rapi untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini akan berlaku.

Walaupun Tesla Cybertruck dilihat sebagai sebuah trak pikap elektrik yang luar biasa dari reka bentuknya yang futuristik tidak seperti trak pikap yang biasa berada di atas jalan, namun ia masih ada kekurangan.

 

cybertruck

 

Secara asasnya, Tesla memilih untuk tidak mengecat bahagian luar badan Cybertruck yang menggunakan keluli tahan karat walaupun kita sedia maklum kenderaan dicat oleh kerana ia membantu melindungi badan logam kenderaan tersebut.

Baru ini, Seorang pemilik Cybertruck merakam foto halaman Manual Pemilik dalam sistem infotainmen trak tersebut dan memuat naiknya ke laman media sosial X.

Apa yang ditunjukkan adalah amat menarik, ia adalah Amaran Tesla yang amat mengejutkan, di dalam Manual Pemilik bertulis :

 

“Untuk mengelakkan kerosakan pada bahagian luar, segera keluarkan bahan menghakis (seperti gris, minyak, najis burung, damar pokok, serangga mati, bintik tar, garam jalan, kejatuhan industri, dll.). Jangan tunggu sehingga Cybertruck tiba untuk cucian lengkap. Jika perlu, gunakan alkohol denaturasi untuk menghilangkan bintik tar dan kotoran gris yang degil, kemudian segera basuh kawasan tersebut dengan air dan sabun lembut bukan detergen untuk mengeluarkan alkohol.”

 

Oleh itu, adakah nama Cybertruck tersebut hanya sekadar kedengaran futuristik atau terdapat ciri-ciri futuristik yang mengkagumkan?

Jika anda sebagai pemilik, pasti anda perlu meluangkan sedikit masa untuk menyental atau membersihkan Cybertruck anda supaya keluli tahan karat pada trak anda tidak “terhakis”.

Tambahan pula, Perkataan Manual Pemilik ini menjadikannya seolah-olah melindungi Cybertruck anda daripada hakisan akan menjadi kerja yang leceh dan banyak masa diperlukan.

 

cybertruck

 

Tesla juga mengatakan bahawa usaha terbaik anda mungkin tidak mencukupi dengan memberi amaran: "Adalah perkara biasa untuk bahagian luar keluli tahan karat untuk matang dari masa ke masa, mengakibatkan perubahan kecil pada sifat reflektif dan warna logam."

Mungkin ketika ini, kita perlu menunggu pemilik Cybertruck untuk menjawab soalan ini berdasarkan pengalaman mereka.

Tambahan itu, Cybertruck bakal kelihatan kurang menarik untuk aktiviti berkhemah atau kebanyakan aktiviti luar jika perkara seperti ini tidak ada penyelesaian daripada Tesla.

 

cybertruck

 

Panel badan keluli tahan karat tidak mempunyai cat yang melindungi permukaan keluli tersebut dan walaupun panel keluli Cybertruck sangat kuat, tapi ia tiada apa-apa yang akan melindungi dari kesan calar.

Jadi, jika anda membawa trak ini untuk off-road dan melalui denai yang banyak dahan ataun ranting pokok pasti ia akan mencalarkan logam itu sendiri.

Mungkin dari perkara yang berlaku ini akan lebih banyak persoalan yang terlintas dalam fikiran setiap bakal pemilik atau kepada seseorang yang mengimpikan membeli trak futuristik ini.

Mungkin dari perkara tersebut juga, Tesla akan bertindak untuk atasi perkara tersebut dari berlaku atau menjadi lebih teruk, siapa tahu betul tak?

 

SUMBER : Motorbiscuit

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam notis kepada negeri Texas dan California, Tesla memaklumkan akan mengurangkan 3,332 pekerjaan…
Berita Domestik
Antaranya ialah tempat duduk hadapan serba baharu dengan lencana Ludicrous Mode, spolier belakang…
Berita Global
Ketika ini Tesla sedang bergelut dengan perang harga dan penurunan jualan bagi kenderaan elektrik (…