Tesla Cybertruck dilancarkan secara rasmi - Tiga varian, harga dari RM285K

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Setelah 4 tahun panjang dengan pelbagai isu, trak pikap elektrik pertama dari pengeluar EV terkenal US, Tesla Cybertruck akhirnya selamat dilancarkan secara rasmi dengan harga bermula dari USD60,990 (RM285,677)
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dipertontonkan buat pertama kali pada tahun 2019, harga rasmi yang diumumkan 50 peratus lebih tinggi berbanding yang diumumkan pada tahun 2019.

Kemampuan jarak gerak turut tidak menepati pengumuman pada tahun 2019, di mana ia hanya mampu bergerak sejauh 547 km, berbanding 804 km yang dijanjikan.

 

2

 

Ditawarkan dengan tiga varian iaitu Rear Wheel Drive (motor tunggal), All Wheel Drive (dua motor) dan varian paling berkuasa bersama tiga motor elektrik iaitu Cyberbeast.

Harga bermula dari USD60,990 (RM285,677) untuk varian Rear Wheel Drive, USD79,990 (RM374,633) untuk varian All Wheel Drive dan USD99,990 (RM468,303) untuk varian Cyberbeast.

Bagaimanapun dari segi prestasi, angka yang dihasilkan nampaknya tidak mengecewakan, ditambah lagi dengan video tular baru-baru ini yang memaparkan perlumbaan drag diantara Porsche 911 dan Cybertruck yang turut menunda sebuah Porsche 911!

 

3

 

Bagaimanapun, angka kuasa bagi varian aras mulanya iaitu Rear Wheel Drive tidak didedahkan, di mana ia mampu memecut dari 0 -100 kmj dalam masa 6.5 saat dengan kelajuan tertinggi 180 kmj, dan jarak gerak 402 km.

Varian kedua tertinggi, All Wheel Drive bersama tetapan dua motor pula mampu menghasilkan 600 HP, di mana ia mampu memecut dari 0 - 100 kmj dalam masa 3.9 saat dengan kelajuan tertinggi 180 kmj, dan jarak gerak 547 km.

Bagi varian paling berkuasanya, Cyberbeast bersama tetapan tiga motor mampu menghasilkan sehingga 845 HP, di mana ia mampu memecut dari 0 - 100 kmj dalam masa 2.6 saat dengan kelajuan tertinggi 209 kmj, dan jarak gerak 515 km.

 

4

 

Menariknya, dua varian iaitu All Wheel Drive dan Cyberbeast akan ditawarkan dengan pakej Range Extender, di mana ia meningkatkan lagi jarak gerak.

Jika dilihat dari penawaran Mazda MX-30 e-Skyactiv R-EV, penulis beranggapan bahawa Cybertruck dengan Range Extender itu akan dipadankan dengan enjin pembakaran dalaman.

Sebaliknya ia didatangkan dengan pek bateri luaran bersaiz kotak alatan yang diletakkan di bahagian bed belakang, di mana pakej tersebut akan ditawarkan sebagai aksesori tambahan.

 

5

 

Tambahan pek bateri luaran itu membenarkan penambahan jarak gerak sehingga 756 km untuk varian All Wheel Drive dan 708 km untuk varian Cyberbeast.

Tesla Cybertruck untuk varian All Wheel Drive dan Cyberbeast akan mula dihantar kepada pelanggan bermula tahun 2024, manakala varian aras mulanya iaitu Rear Wheel Drive hanya akan dihantar bermula tahun 2025.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam notis kepada negeri Texas dan California, Tesla memaklumkan akan mengurangkan 3,332 pekerjaan…
Berita Domestik
Antaranya ialah tempat duduk hadapan serba baharu dengan lencana Ludicrous Mode, spolier belakang…
Berita Global
Ketika ini Tesla sedang bergelut dengan perang harga dan penurunan jualan bagi kenderaan elektrik (…