Pengguna laman media sosial Reddit (Stock-Exchange1761) mendedahkan EV Polestar 2 itu sekadar berlanggar dengan seekor rusa, dan kesan pelanggaran tersebut nampak tidak terlalu serius.
Namun begitu, hasil pemeriksaan terperinci mendapati bampar depan Polestar 2 itu lari sedikit daripada kedudukan asal, sementara unit lampu utama juga mengalami kerosakan, tidak ketinggalan hud depan, fender dan roda aloi.
Apa yang mengejutkan ialah kos pembaikan yang perlu ditanggung oleh pemilik mencecah $21 ribu.
$21k to fix a deer collision lol
byu/Stock-Exchange1761 inPolestar
Kos alat ganti yang diperlukan hanyalah sekitar $10,755.40 (RM49,878), namun jumlah masa yang diperlukan untuk keseluruhan proses pembaikan boleh mencecah 90.2 jam dengan kos buruh berjumlah $8,241.21 (RM38,219).
Menurut data daripada Activate Group, kenderaan elektrik (EV) menghabiskan masa 1.5 hari lebih lama di bengkel berbanding kenderaan konvensional, disebabkan oleh masa yang diperlukan untuk mengasingkan komponen bervoltan tinggi, seperti pek bateri.
Situasi itu akan menjadi semakin kompleks sekiranya komponen bervoltan tinggi tersebut rosak akibat kemalangan, di mana terdapat risiko besar untuk berlaku kebakaran.
Dalam hal ini, tenaga pakar dan perkakasan khas adalah diperlukan untuk menangani situasi tersebut dengan selamat.
Sumber: Reddit, Fleet News