Terkini: Ford Ranger US guna enjin petrol turbo dari Mustang

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kali terakhir rakan kita di US melihat sebuah pikap Ranger dijual oleh Ford di sana ialah dalam tahun 2011.

Kerana jualan trak full-size jauh lebih baik (dan juga kadar keuntungan pikap saiz itu lebih besar), Ford, Chevrolet, Dodge dan GMC berhenti menjual trak pikap saiz kecil.

Namun begitu, Ford Ranger yang dijual di US sebelum ini jauh berbeza dari Ranger yang ada di Asia dan benua-benua lain. 

 

rnger

Ia lebih kepada sebuah pikap Amerika yang ringkas (gambar di atas) dan terus-terang Careta cakap, bentuknya hanya boleh ditelan oleh emak kandungnya sendiri.

Tahun 2017 melihat perubahan pada pasaran US yang rata-rata sudah mahukan kenderaan yang lebih cekap tenaga kerana seperti di Malaysia, harga bahan api di US juga meningkat.

 

Kerana itu Ford akan memperkenalkan trak pikap Ranger yang sama dengan yang dijual di Asia dan Eropah.  Akhirnya rakyat US dapat membeli Ranger yang dipakai oleh rakyat Malaysia sejak lima tahun dahulu.

Namun begitu, ada sedikit perubahan kepada Ranger varian US, tetapi ia lebih kepada kosmetik. Di bawah ialah apa yang kami pelajari mengenai Ranger US ini.

 

 

  • Hanya ada satu pilihan enjin, iaitu enjin petrol 2.3L EcoBoost turbo seperti yang digunakan pada Mustang.
  • Enjin 2.3L EcoBoost pada Mustang menghasilkan 310 hp dan 475 Nm. Jika ini sama untuk Ranger US, maka ia adalah Ranger yang paling berkuasa.
  • Transmisi yang digunakan sama dengan transmisi F-150 dan Mustang, iaitu transmisi automatik 10-kelajuan. Di Malaysia, Ranger menggunakan transmisi 6-kelajuan.
  • Kerangka tetap sama dan sistem gantungan juga dikekalkan. Tidak ada perubahan drastik, dan mungkin hanya ada penalaan sahaja untuk sistem gantungan.

 

 

  • Ranger US lengkap dengan Electronic Rear Locker, transfer case, sistem kawalan cengkaman Terrain Management System untuk pemanduan off-road (seperti pada Ford Everest high-spec), skid plate atau plet pelindung bawah enjin, sistem gantungan ditala untuk pemanduan offroad dan cruise control Trail Control.
  • Perubahan pada kosmetik memang membuatkan ramai pemilik Ranger di Malaysia tidak tidur malam. Dari apa yang kami nampak, perubahan luaran ialah pada:
  • Bamper hadapan lengkap dengan skid plate dan lampu kabus LED

 

 

  • Gril
  • Lampu hadapan seperti jenis LED atau HID
  • Rekabentuk lampu belakang
  • Pintu truck-bed belakang ala Nissan Navara (built-in spoiler)
  • Overfender kecil di setiap penjuru tayar

 

 

  • Roda aloi baharu
  • Skrin sesentuh lebih besar (seperti dalam WildTrak)
  • Konsol gear lengkap dengan tombol Terrain Management System

Di bawah ialah Ford Ranger FX-4 yang dijual di Malaysia untuk dijadikan perbandingan. Careta merasakan bahawa Ranger Raptor yang bakal dilancarkan bulan hadapan di Bangkok mungkin akan menggunakan enjin turbo Mustang ini.

Sesiapa yang hendak US, jangan lupa ambil gambar Ranger Amareka ini ya!

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selepas itu, Latihan Kemahiran 4WD Sarawak 4x4 Training Academy (Sar4Trac) pula akan diadakan, yang…
Berita Global
Isuzu D-Max menjadi kenderaan ketiga paling popular di negara kangaroo itu, dengan jualan sebanyak…
Berita Global
  Selain itu, XR3 dijual pada harga yang berdaya saing dan gabungan ciri-ciri tersebut…