Terkini: Dua helikopter dipercayai bergesel sebelum terhempas

oleh HEZERI SAMSURI|
Dua pesawat helikopter buatan Perancis jenis Guimbal Cabri G2 dari My Heli Club dipercayai bergesel sebelum sebuah terhempas dan sebuah lagi melakukan pendaratan kecemasan. Kejadian dikatakan berlaku hampir jam 12 tengah hari tadi.

Menurut laporan-laporan terkini, dua mangsa yang meninggal dunia itu ialah dari helikopter berwarna biru - ketua jurulatih penerbangan dan kapten My Heli Club, Komander (B) Mohamed Sabri Baharom dan Mohamad Ifwan Rawi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Video-video media sosial menunjukan helikopter mereka mendarat dengan kuat berhampiran kawasan perumahaan di Taman Melawati.

Helikopter merah pula dinaiki oleh bekas CEO dan Pengarah Urusan MAS, Datuk Ahmad Jauhari Yahaya dan Wendy Tan Chai Yan.

Video netizen (di bawah laporan ini) menunjukan helikopter mereka masih mampu dikawal dan dapat melakukan pendaratan dengan selamat, walaupun salah satu dari "skid" helikopter itu patah. 

 

 

Menurut pakar-pakar penerbangan yang Careta hubungi, ada kemungkinan kipas helikopter yang dinaiki oleh Komander (B) Mohamed Sabri Baharom dan Mohamad Ifwan Rawi berlanggar dengan skid pendaratan helikopter Datuk Ahmad Jauhari dan Wendy Tan.

"Mungkin kerana itu menyebabkan helikopter biru itu tidak dapat melakukan pendaratan kecemasan dan terhempas," terang salah seorang pakar tersebut.

"Ekor pesawat yang patah itu juga boleh diakibatkan dari kerosakan kipas yang serius. Ini ialah kerana bila kipas itu rosak, ia akan mengalami masalah gegaran yang kronik dan boleh membuatan ekor helikopter itu patah," ujarnya lagi.

"Namun begitu, perlu diingatkan juruterbang terbang itu masih berjaya mengelakan pesawat mereka dari terhempas di kawasan kediaman dan mencederakan orang awam," terang seorang lagi pakar.

Di bawah ialah sebuah video dari media sosial yang menunjukan kedua-dua helikopter di saat-saat selepas mereka dipercayai bergesel di udara.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, helikopter berkenaan sepatutnya diterima oleh TDM pada Nov lepas, bagaimanapun susulan…
Informasi
Menurutnya, H160 turut diiktiraf oleh European Union Aviation Safety Agency (EASA), US Federal…
Berita Domestik
  Katanya, sebuah helikopter didapati mendarat di lokasi berkenaan untuk menghantar seorang…