Tempoh menunggu trak pikap Tundra kini mencecah satu tahun setengah!

oleh Mohamad Hanif|
Toyota Tundra merupakan lawan sebenar kepada trak pikap saiz penuh yang paling popular di Amerika Syarikat - Ford F-150.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Generasi baharu yang diperlihatkan secara rasmi beberapa bulan yang lalu kini menjadi salah satu model Toyota yang agak popular, sehinggakan ada pembeli yang terpaksa menunggu lebih lama!

Menurut laporan daripada CarsDirect, tempoh menunggu bagi trak pikap generasi baharu Toyota itu bermula dari minimum empat sehingga sembilan bulan, namun untuk varian Tundra TRD Pro, anda mungkin perlu menunggu sehingga satu tahun setengah.

Salah satu pengedar terbesar di Amerika Syarikat, Longo Toyota mendakwa masalah tersebut berpunca daripada krisis kekurangan cip di peringkat global, dan untuk tempoh tiga bulan akan datang, hanya 61 unit Tundra sahaja yang akan diedarkan ke kawasan tersebut.

Namun  harus diingat, tahap populariti Toyota Tundra tidaklah setanding pesaingnya Ford F-150, malah Toyota Tundra tidak pun termasuk di dalam senarai 20 kenderaan paling laris di Amerika Syarikat tahun lalu.

Baca: Toyota Tundra 2022 - pesaing F-150!

Sumber: CarsDirect

Berita Berkenaan

Berita Global
Bagi mereka yang tidak sabar menanti, syarikat Ricardo telah membangunkan sistem HEX 6x6 untuk…
Berita Global
Sana sini, boleh dikatakan banyak kelibat trak pikap Ranger termasuklah Ranger Raptor V6 yang…
Berita Global
Sekiranya perkara tersebut menjadi kenyataan, ia bakal menyertai keluarga trak pikap Toyota sedia…