Tempahan untuk Toyota Hilux 2020 kini dibuka - bermula dari RM94 ribu

oleh Mohamad Hanif|
UMW Toyota Motor baru-baru ini mengumumkan pembukaan tempahan bagi model trak pikap Toyota Hilux 2020 sebelum pelancaran rasmi yang akan diumumkan kelak.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terdiri daripada lima varian, Toyota Hilux kini boleh memilih varian baharu Doubel Cab 2.4 E A/T, sementara varian Double Cab 2.8 Rouge A/T akan menggantikan Double Cab 2.8 Black Edition, manakala Double Cab 2.4 V A/T merupakan naik taraf kepada varian Double Cab 2.4 L-Edition.

Dua varian disediakan dalam transmisi manual, iaitu Double Cab 2.4 G dan Single Cab 2.4.

 


Dari segi kuasa, Toyota Hilux 2020 membawakan nadi diesel 2.8 liter 1G-FTV yang telah dipertingkat, dengan angka output 204 PS dan daya kilas 500 Nm yang menjanjikan tahap penggunaan bahan api yang lebih baik.

Toyota turut mendatangkan beberapa penambahbaikan terhadap trenkuasa, termasuklah menggunakan pam bahan api dua peringkat, ciri penyejuk pra-EGR (Exhaust Gas Recirculation), serta sistem Variable Flow Control (VFC) pada stereng kuasa yang mampu mengurangkan beban pada pam stereng sekaligus meningkatkan penjimatan bahan api.

Hilux baharu ini juga hadir dengan ciri Limited Slip Differential (LSD), sistem kawalan cengkaman, serta kelengkapan keselamatan Toyota Safety Sense yang merangkumi sistem pra-pelanggaran, kawalan pelayaran radar dinamik, serta amaran penukaran lorong dengan Yaw Assist.

 


Aspek penampilan Toyota Hilux turut diberikan nafas baharu, seperti bampar hadapan, gril, kemasan lampu kabus, rim bersaiz 17 atau 18 inci mengikut varian, manakala varian Rogue pula menerima kemasan pada lelukan bonet dan juga penambahan skid plate.

Kemasan di ruang kabin juga turut menerima rekaan panel meter, sistem pencahayaan pada kemasan pintu, serta paparan maklumat tambahan Multi Information Display (MID).

Tujuh warna diberikan sebagai pilihan bagi Hilux 2020 ini; Bronze Mica Metallic (warna baru), Crimson Spark Red Metallic, Attitude Black Mica, Phantom Brown Metallic, Medium Silver Metallic, Silver Metallic dan Super White II.

Hilux Single Cab bagaimanapun hanya didatangkan dalam warna Solid White sahaja.

 

Hilux pasaran Thailand


Harga jualan untuk varian Toyota Hilux adalah bermula dari RM93,880 sementara harga anggaran untuk model 2.8 Rogue bermula dari RM148,880.

Untuk pembeli terawal, UMW Toyota menawarkan harga istimewa khusus untuk model Hilux Double Cab 2.8 Rogue AT 4x4 bermula dari RM144,880 sahaja.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Terdapat beberapa buah model khas yang dipamerkan pada acara Beyond Zero, seperti berikut:  …
Telah Diuji
Ia tampil dengan pakej yang serba lengkap - rupa paras yang sporti, tiga pintu (kedekut penumpang…
Pelancaran
Dari segi kuasa, Toyota Vios 2023 dijana dengan enjin empat silinder sebaris 1.5 liter (2NR-VE)…