Tempahan Toyota Alphard, Vellfire 2023 kini dibuka, dari RM438,000

oleh Mohamad Hanif|
UMW Toyota Motor hari ini secara rasmi mengumumkan pembukaan tempahan bagi model MPV mewah generasi baharu Toyota Alphard dan Toyota Vellfire 2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk pasaran tempatan, Toyota Alphard 2023 akan ditawarkan dengan enjin 2.4 liter turbo T24A-FTS berkuasa 275 hp/430 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik Direct Shift 8 kelajuan.

Sementara Toyota Vellfire pula didatangkan dengan enjin 2.5 liter 2AR-FE berkuasa 180 hp dan 235 Nm, padanan transmisi CVT-i dengan Sports Sequential Shiftmatic, serta dilengkapi dengan pendakap hadapan berprestasi yang menawarkan pengendalian dan kestabilan yang lebih baik.
 

vv


Seperti yang pernah Careta laporkan sebelum ini, Toyota Alphard/Vellfire membawakan rekaan serba baharu, dengan ciri seperti lampu utama LED, lampu membelok jenis sekuential depan dan belakang, serta kemasan unik untuk Vellfire.

Ruang kabin Alphard/Vellfire pula kini tampil lebih mewah dengan penggunaan bahan kulit dan woodgrain, bumbung kaca panorama untuk pencahayaan asli, tempat duduk dengan fungsi pemanas dan ventilasi, sistem pencahayaan ambien 64 warna, serta lampu membaca yang boleh dilaras.
 

alphard


Untuk pemandu pula disediakan ruang kokpit seakan jet peribadi, di mana segala butang kawalan dan suis mekanikal diposisikan secara optimum untuk memudahkan operasi, diikuti dengan skrin panel instrumen TFT 12.3 inci, dan skrin paparan head-up yang lebih tajam dan jelas untuk semua jenis pencahayaan.

Ciri keselesaan yang mewah turut tersedia, seperti contoh untuk model Alphard 2.4T Executive Lounge menampilkan fungsi urut, struktur anti-gegaran, serta ciri Hybrid Long Slide sehingga 480 mm untuk kerusi baris kedua larasan manual dan kuasa untuk model Alphard, atau larasan manual untuk Vellfire.

Ciri keselamatan Toyota Safety Sense merangkumi kawalan jelajah radar dinamik (DRCC), amaran keluar lorong (LDA), bantuan papan tanda jalan (RSA) serta sistem suluhan tinggi adaptif (AHS).
 

alphard


Terdapat empat warna yang ditawarkan iaitu Platinum White Pearl, Precious Metal, Precious Leo-Blond (Alphard) dan Black.

Harga jualan adalah seperti berikut:
Toyota Alphard 2.4T Executive Lounge - RM538,000
Toyota Vellfire 2.5 - RM438,000

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Toyota, air boleh menyebabkan berlakunya litar pintas pada komponen elektronik selak pintu…
Berita Global
  Tacoma memiliki muka depan yang rugged dan menarik manakala 4Runner mewarisi ciri tersebut dan…
Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…