Tempahan Tesla Cybertruck kini cecah 1.9 juta, tempoh menunggu sehingga 5 tahun

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Nampaknya "hype" dari Tesla akan bersambung dengan Tesla Cybertruck di mana kini ia mencatatkan lebih 1.9 juta tempahan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bercakap mengenai Panggilan Pendapatan awal minggu lepas, Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk menyatakan bahawa permintaan untuk Cybertruck adalah "sangat luar biasa".

Pada bulan Mei 2021, Cybertruck telah mencatatkan satu juta pre-tempahan, di mana tempahan telah meningkat hampir dua kali ganda dalam tempoh 2 tahun yang lalu.

 

2

 

Memandangkan Tesla merancang untuk menghasilkan 375,000 unit Cybertruck setahun pada kapasiti puncak, pesanan baharu secara teknikalnya akan mengambil masa sekitar 5 tahun untuk dihantar pada pelanggan.

Namun, sejumlah besar pelanggan yang membuat tempahan mungkin tidak meneruskan pembelian mereka, memandangkan deposit untuk menempah Cybertruck hanya USD100 (RM457).

Cybertruck kini sedang diproduksikan di Texas Gigafactory, dan ada kemungkinan ia juga akan diproduksikan di Mexico Gigafactory apabila kilang itu siap dan beroperasi dalam masa beberapa tahun.

 

3

 

Kini, pelanggan yang berada di beberapa pasaran Eropah dan Asia juga boleh membuat pra-pesanan trak EV tersebut.

Walau bagaimanapun, saiz Cybertruck yang besar dan berat boleh menjadikan penjualannya di luar negara satu cabaran yang serius.

Sebagai contoh, di beberapa negara Eropah ia perlu dikelaskan sebagai trak komersial atau trak semi.

 

4

 

Dalam berita terkini juga, Tesla Cybertruck dikesan sedang diuji bersama samaran berwarna gelap, dan tinted gelap yang pastinya menyembunyikan rekaan dalamannya.

Seperti di Malaysia juga, belum lagi dilancarkan bakal para pemiliknya melalui Cybertruck Owner Club telah berkongsikan rupa prototaip trak EV itu yang lebih segar sedang menelusuri jalan di Palo Alto, California.

 

5

 

Cybertruck dilaporkan akan debut dengan versi yang membolehkan jarak gerak 563 km sahaja, tidak seperti yang didedahkan pada November 2019.

Semasa diperkenalkan pada 2019, Cybertruck ditayangkan sebagai varian tertinggi bersama quad-motor yang membenarkan jarak gerak sejauh 998 km.

 

 

Sumber: Teslarati dan Insideevs

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Laporan itu datang selepas Ketua eksekutif Tesla, Elon Musk membuat lawatan mengejut untuk bertemu…
Berita Domestik
Tesla baharu sahaja mengumumkan tarikh bagi tontonan umum untuk model trak sensasi mereka iaitu…
Berita Global
Dalam notis kepada negeri Texas dan California, Tesla memaklumkan akan mengurangkan 3,332 pekerjaan…