'Teksi terbang' AirAsia akan dilancarkan tahun depan

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
AirAsia Group Bhd dijangka akan memperkenalkan perniagaan baharu 'teksi terbang' seawal tahun depan.

"Kami sedang mengusahakannya ketika ini," kata Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersamanya, Tan Sri Tony Fernandes, Sabtu lalu.

"Saya fikir kira-kira setahun setengah sebelum dilancarkan," katanya berucap dalam satu perbincangan dalam talian semasa Forum Ekonomi Belia.

Ketika perniagaan penerbangan terkesan teruk daripada pandemik COVID-19, AirAsia berkembang dalam ruang digital.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

 

Ia melancarkan 'super app' tahun lalu yang menawarkan perkhidmatan daripada perjalanan dan beli belah, hinggalah logistik dan perkhidmatan kewangan.

 

"Kami menganggapnya sebagai satu peluang, kesempatan sekali seumur hidup untuk membentuk semula perniagaan, meneliti semula pelbagai perkara," katanya.

 

Tony berkata, AirAsia menjangkakan untuk memulakan perkhidmatan e-hailing sendiri April ini.

 

'Teksi terbang' yang disasarnya bermula tahun depan akan didatangkan dengan empat tempat duduk dan dikuasakan oleh 'quadcopter', tambahnya.

 

Dalam perkembangan berasingan, AirAsia pada Sabtu juga berkerjasama dengan Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) untuk mengembangkan perkhidmatan penghantaran melalui dron.

 

Dalam pada AirAsia mencari lebih banyak peluang baru, Tony optimis perjalanan udara akan segera pulih dengan pelancaran program vaksinasi.

 

"Kumpulan menawarkan penerbangan tambang murah yang menghubungkan 22 negara, kebanyakannya di Asia Pasifik.

 

"Saya berharap perjalanan antara negeri akan bermula dalam dua hingga tiga minggu akan datang," katanya.

 

Tony berkata, kumpulan juga menjangkakan sempadan antarabangsa akan mula dibuka pada Julai atau Ogos ini.

 

 

 

-Bloomberg

Berita Berkenaan

Informasi
Penerbangan pertama AK4102 dari Kota Kinabalu berlepas pada jam 6.25 pagi dan telah tiba di…
Berita Domestik
“Fasa Operasi Jet Interim (IJO) akan memperkenalkan semula operasi pesawat satu lorong dari…
Informasi
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata inisiatif daripada syarikat tambang rendah itu…