Teknologi Honda ini bantu pihak berkuasa selenggara jalan raya!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Honda
Honda
Perasan tak dibahu jalan ada papan tanda yang memaparkan maklumat bagi pengguna membuat aduan keadaan jalan raya?

Melalui aduan yang diterima pihak berkuasa dapat mengambil tindakan sepatutnya.

Kaedah itu digunakan sejak dahulu dan pada era sekarang ada tak cara yang lebih canggih? Atau laporan boleh dibuat secara automatik?

Ini yang sedang dibuat oleh Honda Research Institute USA, Inc. dengan membangunkan satu sistem pengawasan keadaan jalan raya.

Sistem itu menggunakan teknolgi yang ada pada kenderaan sebagai usaha pengesanan kemungkinan terdapatnya bahaya di jalan raya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Honda Road Condition Monitoring System

 

Honda mahu mencerap keadaan garisan jalan raya dan membantu pihak berkuasa atau syarikat penyelenggaraan dengan lebih kerap, cekap dan menjimatkan kos.

Ini sebenarnya adalah sebahagian daripada matlamat Keselamatan untuk Semua yang dipegang oleh Honda.

Tapi kenapa garis jalan? Kenapa tidak perkara lain seperti lopak atau lubang?

Pertama sekali, garisan jalan sebenarnya adalah aspek penting untuk kenderaan dengan sistem ADAS (Sistem Bantuan Pemanduan Termaju).

Garisan jalan digunakan sebagai panduan untuk teknologi bantuan stereng atau pemanduan autonomi berfungsi.

Apabila garisan jalan tidak berapa cantik atau pudar maka susah untuk sesetengah sistem ADAS berfungsi.

Honda Safety for Everyone

Honda Research Institute sedang melakukan satu rancangan rintis di Ohio, Amerika Syarikat bagi menilai sistem yang menggunakan koordinat GPS dan sensor seperti kamera bagi mengumpul data masa nyata (real time) keadaan jalan raya.

Data tersebut boleh dikongsi dengan pihak berkuasa atau syarikat penyelenggaraan.

Honda juga bekerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Ohio dan merancang untuk mula menyediakan data keadaan jalan raya seawal tahun 2022 bagi membantu mempertingkatkan kecekapan operasi penyelenggaraan di sana.

 

Honda Fit

 

Selain itu, Honda Research Institute sedang meneroka bagaimana sistem kenderaan yang berhubung (connected) dapat memberikan amaran kepada pemandu tentang garis jalan yang pudar atau memerlukan pembaikan.

Maklumat itu boleh digunakan untuk pemandu melaras tetapan sistem ADAS kenderaan mereka.

 

Honda ADAS

 

Bagaimana pengkelasan garisan jalan raya dibuat?

Keadaan garisan jalan ada pelbagai jenis, ada yang masih elok, pudar atau hilang terus. 

Sistem yang dibangunkan Honda membahagikan garisan kanan dan kiri jalan raya menggunakan empat kod warna iaitu hijau, kuning, kelabu dan merah.

Hijau dan kuning bermakna garisan jalan dalam keadaan ideal dan baik, kelabu jika tiada garisan dan merah sebagai tanda garisan perlu diperbaiki.

Maklumat keadaan jalan raya seperti koordinat, gambar dan klip video akan dirakam oleh kenderaan dan disimpan di satu platform.

 

Honda Sensing

 

Pihak berkuasa dan syarikat penyelenggaraan boleh mengakses platform tersebut untuk tindakan selanjutnya.

Selain garisan jalan, Honda Research Institute juga merancang untuk mengembangkan aplikasi sistem tersebut bagi merangkumi keadaan lain di jalan raya.

Apabila berjaya, selain aduan secara manual, kereta sendiri yang boleh merakamkan keadaan jalan raya dan boleh menyenangkan banyak pihak.

Baca maklumat dari sistem dah boleh tahu keadan jalan raya baik atau sebaliknya, tak perlu tunggu aduan dah boleh dapat laporan.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
  Seperti kei-car lain, N-VAN digerakkan enjin 660 cc bagi varian G, L, FUN, FUN STYLE+ NATURE …
Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…