Pusat 3S Subaru Kuantan merupakan salah satu daripada 31 fasiliti Subaru di seluruh negara, mempunyai keluasan sekitar 446 meter persegi dan mempunyai fasiliti seperti pusat pameran, ruang menunggu, ruang sembahyang, pusat servis dan bengkel.
Dengan dua service bay dan dikendalikan oleh juruteknik terlatih Subaru, pusat 3S ini mampu untuk menawarkan pembaikan sehingga 200 unit kenderaan untuk sebulan.
Untuk memastikan tahap keselamatan dan kesihatan pengunjung lebih terjamin, beberapa langkah pencegahan turut dilaksanakan seperti proses sanitasi pusat pameran, kenderaan, ruang kerja, serta mengambil suhu pengunjung dan mewajibkan pemakaian pelitup muka kepada pengunjung.
Selain daripada itu, pihak Subaru juga turut mengehadkan jumlah kunjungan pelanggan pada satu-satu masa bagi mengelakkan penularan COVID-19.