Tawaran "Lucky 7 Deals" dari Volkswagen dan Shopee sempena 7.7 (7 Julai)

oleh SALINA JALIL|
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah melancarkan kedai rasmi mereka di dalam Shopee, dan bersempena jualan "7.7 Mid-Year Sale" akan datang, pelbagai tawaran eksklusif disediakan untuk mereka yang menempah kenderaan melalui Shopee dari 23 Jun hingga 7 Julai 2020.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Anda cuma perlu membayar RM199 untuk melayakkan mereka memenangi ganjaran bernilai antara RM4,279 hingga RM14,819 (bergantung kepada model), di mana ia termasuk nilai penjimatan, penghantaran ke rumah (sekiranya tinggal dalam radius 20 km daripada pusat pengedar), pakej pembersihan bernilai RM150 serta Lego VW Camper bernilai RM499.

 

Selain itu, tujuh pelanggan istimewa juga akan dipilih untuk mendapat baucar Shopee bernilai RM700.

 

Secara ringkas, anda akan mendapat:

  • Ganjaran bernilai RM4,279-RM14,819 (bergantung model), seperti tawaran dan penjimatan eksklusif.
  • Penghantaran ke rumah PERCUMA dalam radius 20km dari pusat jualan.
  • Pakej pembasmi kuman PERCUMA bernilai RM150.
  • Khemah Volkswagen LEGO PERCUMA bernilai RM499.

 

Pengarah urusan VPCM, Erik Winter memberitahu bahawa langkah ke Shopee adalah satu cara bagi jenama itu untuk mengoptimakan servis mereka dalam aplikasi digital.

 

Pada masa sama memberikan tawaran terbaik dan memudahkan apabila membeli kenderaan Volkswagen baharu.

 

 

Kami telah mendapat kejayaan melalui inisiatif digital dan e-commerce, dan kehadiran dalam Shopee adalah satu langkah biasa yang seterusnya.

 

Kerjasama dengan Shopee ini memanfaatkan kecekapan mereka dalam dunia digital dan platform untuk berhubung dengan pelanggan sambil memberikan mereka tawaran yang hebat,” kata Winter.

 

Pengarah urusan serantau Shopee, Ian Ho pula menambah, “Kami senang hati menjadi sebahagian daripada kerjasama dengan jenama automatif yang terbesar di dunia ini.

 

Ia datang dalam masa yang betul, berikutan pengumuman kerajaan untuk memberikan pengecualian cukai jualan untuk kenderaan.”

 

Kepada yang berminat, sila lawati shopee.com.my/volkswagen.os

 

pic vw shopee

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Kadar Khas Bayaran Saman PDRM. Tinggal satu hari sahaja lagi. Jom bayar segera!," katanya…
Informasi
  "Tambang pergi balik semua termasuk cukai lapangan terbang, yuran Suruhanjaya Penerbangan…
Informasi
    Menurut laporan dari Harian Metro, tambang istimewa terbabit sah serta-merta untuk perjalanan…