Piala AFF: AirAsia tawar tambang istimewa KL-Bangkok

oleh Penyumbang Rencana|
AirAsia menawarkan tambang tetap istimewa antara Kuala Lumpur dan Bangkok bagi menyokong kempen perlawanan separuh akhir Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2022 antara Malaysia dan Thailand, dari 6 hingga 11 Jan.


AirAsia dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan tambang termasuk semua bagi penerbangan pergi balik dari Bangkok ke Kuala Lumpur ialah THB5,000 (RM647.54) manakala tambang penerbangan termasuk semua, perjalanan pergi balik dari Kuala Lumpur ke Bangkok ialah RM500.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

 

"Tambang pergi balik semua termasuk cukai lapangan terbang, yuran Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), surcaj bahan api dan bayaran lain yang berkenaan," menurut kenyataan itu.

 

Harga tambang tetap istimewa ini adalah untuk tempoh perjalanan dari 7 hingga 8 Jan dari Bangkok ke Kuala Lumpur dan 10 hingga 11 Jan dari Kuala Lumpur ke Bangkok.

 

Skuad Harimau Malaya akan menentang Thailand dalam aksi separuh akhir pertama Piala AFF 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada Sabtu, 8 Januari 2023.

 

Selepas perlawanan di Bukit Jalil, skuad Harimau Malaya akan berlepas ke Bangkok untuk aksi timbal balik separuh akhir menentang skuad Gajah Perang itu di Stadium Thammasat, pada Selasa (10 Jan).

 

 

-- BERNAMA

Berita Berkenaan

Informasi
  Rapid KL dalam kenyataan berkata, bagaimanapun stesen-stesen lain akan ditutup seperti biasa,…