TAS 2024: Rocky Auto bawakan replika 2000GT versi coupe dan convertible!

oleh Mohamad Hanif|
Siapa masih ingat kelibat Toyota 2000GT convertible yang pernah muncul dalam filem You Only Live Twice tahun 1967?
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Walaupun model tersebut wujud di dalam filem, akan tetapi Toyota sebenarnya tidak pernah langsung menawarkan 2000GT versi bumbung yang boleh dibuka kepada umum.

Berita baik, kereta sports klasik 2000GT convertible ini akan dipamerkan secara rasmi pada Tokyo Auto Salon bulan ini.
 

2000GT


Salah satu bengkel ubahsuai kereta klasik terkemuka di Jepun, Rocky Auto akan membina replika 2000GT versi coupe dan convertible yang dilengkapi dengan enjin enam silinder sebaris 2.0 liter, berbanding penawaran 2JZ 3.0 liter pada model 3000GT yang terdahulu.

Replika 2000GT ini bukanlah dibina di atas model kenderaan produksi sedia ada.

Sebaliknya, pihak Rocky Auto membina 2000GT ini menggunakan casis kustom sebelum memadankan panel badan luaran binaan tangan mengikut spesifikasi yang sama pada model yang asal.
 

2000GT


Bertempat di Tokyo Auto Salon 2024 kelak, Rocky Auto akan turut mengumumkan spesifikasi penuh replika 2000GT selain membuka tempahan kepada pihak yang berminat.

Harga jualan juga akan diumumkan kelak, namun sebagai perbandingan Toyota 3000GT yang pernah ditawarkan sebelum ini dijual pada harga sekitar RM1 juta.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk mereka yang tidak biasa dengan frasa Morizo itu, ia sebenarnya merupakan nama samaran yang…
Berita Global
Bertempat di Tokyo Auto Salon 2024, TOM's Racing mempamerkan sebuah Supra JZA80 yang telah…
Berita Global
Berucap di pentas Tokyo Auto Salon 2024 yang baharu sahaja melabuhkan tirainya, beliau mengumumkan…