TAS 2024: Pelajar kolej automotif Jepun hasilkan Toyota S-FR Convertible

oleh Mohamad Hanif|
sumber gambar: Response.jp
Sejak bertahun-tahun, tidak sah kita bercerita tentang acara Tokyo Auto Salon tanpa menyentuh kereta-kereta ubahsuai yang aneh dan pelik dihasilkan oleh pelajar Nihon Automotive College (atau Nihon Automotive Technology School, NATS).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun tidak ramai yang tahu bahawa Jepun sebenarnya mempunyai beberapa lagi buah sekolah yang sama, salah satu daripadanya ialah Saitama Automobile College.
 

SFR


Bertempat di Tokyo Auto Salon 2024, para pelajar kolej tersebut mempamerkan sebuah model kereta yang mungkin sekali Toyota tidak akan hasilkan, iaitu S-FR Convertible.

Toyota S-FR merupakan sebuah model konsep yang diperlihatkan pada acara Tokyo Motor Show 2015, sementara versi konsep perlumbaan pula diperlihatkan pada Tokyo Auto Salon 2016.
 

SFR


S-FR Convertible ini dibina berdasarkan Mazda MX-5 Miata generasi ketiga yang membawakan ukuran sepanjang 3,995 mm, lebar 1,720 mm, tinggi 1,245 mm dan jarak antara roda 2,330 mm - ukuran yang hampir sama dengan model konsep S-FR.

Elemen rekaan daripada S-FR Concept turut dihasilkan kembali, seperti unit lampu depan dan belakang berbentuk bulat, bukaan bampar depan yang agak besar, diikuti dengan kit badan aerodinamik.

Menurut laman Response.jp, Saitama Automobile College sebelum ini telah memenangi tiga anugerah utama di dalam pertandingan kereta kustom di Tokyo Auto Salon, membuktikan keupayaan mereka di dalam menghasilkan produk yang berkualiti.

Sumber: Response.jp

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk mereka yang tidak biasa dengan frasa Morizo itu, ia sebenarnya merupakan nama samaran yang…
Berita Global
Berucap di pentas Tokyo Auto Salon 2024 yang baharu sahaja melabuhkan tirainya, beliau mengumumkan…
Berita Global
Diproduksikan untuk tempoh dua tahun sahaja, sebanyak 4,392 unit Autozam AZ-1 yang keluar dari…