Dalam pada itu, kenyataan berkenaan juga menyebut bahawa selain membawa penumpang pejalan kaki, perkhidmatan feri pada tahun hadapan juga turut disediakan untuk penumpang motosikal dan basikal.
PPSB komited untuk menyediakan perkhidmatan dan kemudahan feri yang boleh dipercayai untuk kegunaan orang ramai. Sebarang maklumat terkini berhubung perkhidmatan feri akan dikemaskini dan dikongsikan melalui laman web rasmi PPSB.
Mulai 1 Januari ini, bot penumpang laju akan menggantikan perkhidmatan feri bagi menghubungkan penumpang antara pulau dan Perai seperti yang diumumkan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP).
Feri sedia ada juga hanya digunakan sebagai medium pengangkutan kepada pengguna basikal dan motosikal bermula tarikh sama sekali gus berakhirnya perkhidmatan feri ikonik untuk kenderaan empat roda di Pulau Pinang.