Tujuh pejalan kaki maut dirempuh SUV

oleh Penyumbang Rencana|
Sekurang-kurangnya tujuh pejalan kaki maut manakala beberapa yang lain cedera dilanggar sebuah kereta di Brownsville, Texas, Amerika Syarikat (AS) pada Ahad.


Pegawai polis Jabatan Polis Brownsville, Leftenan Martin Sandoval mengsahkan seorang lelaki yang memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) telah ditahan.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

 

Kejadian berlaku berdekatan dengan pusat transit gelandangan yang menempatkan kumpulan migran.

Mangsa dikatakan sedang menunggu bas berdekatan dengan Pusat Ozanam.

"Siasatan sedang dijalankan jika pemandu berkenaan di bawah pengaruh alkohol ketika kejadian," katanya.

Pihak polis masih tidak dapat pastikan jika pemandu itu sengaja melanggar kumpulan migran berkenaan atau hilang kawalan kenderaan yang dipandunya.

Jumlah sebenar mangsa cedera atau keadaan mereka juga tidak didedahkan.

Brownsville, yang terletak di sempadan Mexico, menyaksikan peningkatan jumlah pendatang baru-baru ini.

 

Agensi

Berita Berkenaan

Berita Global
Model baharu ini diposisikan antara model Cayenne E-Hybrid dan Cayenne Turbo E-Hybrid, serta boleh…
Telah Diuji
Sudah beberapa model GLC-Class telah kami uji sebelum ini, termasuklah SUV versi coupe serta versi…
Berita Domestik
Boleh didapati dalam varian tunggal GLC 300 4MATIC, ia masih lagi mengekalkan enjin empat silinder…