Taktik terbaru - Guna lori tangki berdaftar seludup minyak diesel

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Kosmo
Kegiatan penyeludupan minyak diesel bersubsidi di Melaka semakin rancak dengan terbaharu sindiket dikesan menukar taktik menggunakan lori tangki minyak berdaftar untuk menyeludup 60,400 liter minyak dalam satu serbuan di Krubong, awal pagi Rabu.


Dalam serbuan kira-kira pukul 5.30 pagi itu, dua suspek berusia 41 dan 46 tahun turut dicekup ketika sedang tidur di dalam sebuah premis di kawasan perindustrian yang dijadikan stor penyimpanan minyak.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024

 

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka, Norena Jaafar berkata, hasil intipan Op Tiris oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) selama sebulan berjaya mengesan pergerakan sindiket yang menjadi pembekal minyak diesel bagi pasaran gelap perkilangan.

“Sindiket ini turut menggunakan modus operandi lama iaitu lori-lori kecil akan membeli minyak daripada stesen minyak sekitar negeri ini dan menghantar bekalan ke premis ini.

“Dua suspek itu kemudian akan memindahkan minyak dari lori kecil ke dalam sebuah lori tangki yang berdaftar sebelum menjualnya di kawasan kilang pada harga jauh lebih murah berbanding pasaran,” katanya.

Tambahnya, sejumlah 60,400 liter minyak, lori tangki dan alatan pam bernilai sekitar RM300,000 dirampas dalam serbuan tersebut.

Pada bulan lalu, sebanyak 26,000 liter minyak diesel bersubsidi bernilai RM83,000 yang diseleweng sekumpulan lelaki berjaya dirampas semula penguat kuasa dalam satu serbuan di sebuah gudang di Kawasan Perindustrian Bukit Rambai dekat sini.

Mengulas lanjut Norena berkata, ia merupakan kes pertama penyeludupan minyak diesel yang dikesan menggunakan lori tangki berdaftar.

“Lori tangki ini berdaftar, jadi agak sukar sebenarnya bagi pihak berkuasa untuk mengesan penyelewengan dibuat kerana mereka mempunyai dokumen dan kebiasaannya kalau kenderaan berdaftar ini memang kita tidak akan buat pemeriksaan terperinci di mana bekalan minyak diambil, sindiket ini mengaut keuntungan berlipat kali ganda,” jelasnya.

Katanya, kedua-dua suspek termasuk kini ditahan bagi membantu siasatan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

 

Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Domestik
“Hasil pemeriksaan KPDN, minyak diesel dengan anggaran sebanyak 430,000 liter yang bernilai RM924,…
Berita Domestik
Beliau berkata, modus operandi digunakan adalah membuat pembelian berulang dalam jumlah had 20…
Berita Domestik
Menurutnya, dalam serbuan itu, polis turut merampas satu juta liter minyak diesel bersubsidi, 18…