KPDN sita minyak diesel bersubsidi RM5.391 juta

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Sinar Harian
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyita sejumlah 2.264 juta minyak diesel bersubsidi bernilai RM5.391 juta dalam Ops Tiris pada 1 Januari hingga 6 Mac lalu.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, berdasarkan statistik penguatkuasaan itu, sebanyak 9,093 premis telah diperiksa di seluruh negara dengan 245 kertas siasatan dibuka.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurutnya, dalam tempoh sama, nilai rampasan yang melibatkan lain-lain peralatan, kenderaan dan sebagainya bernilai RM12,461,938 menjadikan jumlah keseluruhan sitaan bagi kes-kes membabitkan diesel ialah RM17,853,344 juta.

Beliau berkata, terkini, KPDN Selangor bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan sindiket penyelewengan minyak diesel bersubsidi nelayan dalam satu serbuan yang dilakukan di daerah Sungai Besar pada Selasa lalu.

“Hasil serbuan dan pemeriksaan lanjut ke atas keseluruhan premis itu, pasukan penguat kuasa telah menyita sejumlah 24,875 liter minyak diesel dan peralatan lain yang digunakan untuk kegiatan penyelewengan.

“Premis terlibat disyaki menjadi stor haram tempat penyimpanan serta pemindahan minyak diesel bersubsidi nelayan dan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM187,350.

“Seramai tiga lelaki rakyat tempatan berumur lingkungan 30 hingga 40 tahun telah ditahan yang disyaki wakil pemilik premis, pemandu kenderaan dan penjaga premis,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Dalam pada itu, Armizan berkata, KPDN memberi amaran keras ke atas mana-mana individu atau syarikat yang berkaitan agar sentiasa mematuhi perundangan ditetapkan.

Ujarnya, individu yang melakukan kesalahan melibatkan penyelewengan diesel boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Selain itu, individu atau syarikat terlibat juga akan disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).

“Ia melibatkan kesalahan pengubahan wang haram bagi tujuan mengesan, membeku, menyita serta sehingga ke peringkat pelucutan hak ke atas apa-apa hasil pendapatan atau harta yang dijana daripada aktiviti haram penyelewengan berkaitan minyak diesel.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung aktiviti penyelewengan barang kawalan dan bersubsidi boleh menyalurkan aduan yang lengkap kepada pihak kementerian,” katanya lagi.

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
“Hasil pemeriksaan KPDN, minyak diesel dengan anggaran sebanyak 430,000 liter yang bernilai RM924,…
Berita Domestik
Beliau berkata, modus operandi digunakan adalah membuat pembelian berulang dalam jumlah had 20…
Berita Domestik
Menurutnya, dalam serbuan itu, polis turut merampas satu juta liter minyak diesel bersubsidi, 18…