Tak perlu pening pasal parkir, GoCar kerjasama dengan Smart Selangor & Flexi Parking

oleh Mohamad Hanif|
Statistik kajian menunjukkan warga KL terpaksa menghabiskan masa selama 53 minit di dalam kesesakan jalan raya, dan tambahan 25 minit untuk mencari slot letak kereta setiap hari.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Selaku syarikat operasi perkongsian kenderaan, GoCar Malaysia percaya dengan kuasa teknologi mampu mengubah masalah yang kerap membelenggu warga kotaraya.

Oleh sebab itu, GoCar Malaysia bekerjasama dengan Smart Selangor Parking (SSP) dan Flexi Parking™ (FP) bagi menyediakan lebih banyak lokasi medan kereta untuk meletakkan kereta GoCar, termasuk lot letak kereta jalanan.

Kesemua ini boleh dinikmati menerusi satu aplikasi peranti pintar sahaja, selain menawarkan cara pembayaran tanpa sentuhan yang lebih selamat dan memudahkan.

Bermula 23 November 2020, pengguna akan dapat menikmati ciri One Way Trip (dikenali sebagai Free-Floating) dan meletakkan kereta di lot medan kereta awam tanpa perlu risau tentang pembayaran.

 


One-Way Trip merupakan perkhidmatan 24/7 yang membenarkan pengguna menempah kenderaan dengan cara yang lebih fleksibel, di mana mereka hanya perlu membayar mengikut jam penggunaan dan menentukan sendiri tempat drop-off.

Ketika ini, ciri ini hanya boleh dinikmati di kawasan Petaling Jaya dan Subang Jaya, dimana lebih banyak lokasi akan dibuka kepada umum menjelang akhir tahun ini.

Untuk menikmati ciri yang dimaksudkan, pengguna GoCar hanya perlu memastikan aplikasi peranti pintar mereka dikemaskini kepada versi terkini (v4.2 dan ke atas), menempah One-Way Trip, menentukan lokasi ambil dan meletakkan kembali kereta pada lokasi yang tersedia.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Tambahan itu, usaha sama tersebut telah hadir menerusi satu kerjasama di antara GoCar dan bahagian…
Berita Domestik
Kempen tersebut akan berlangsung sehingga 29 Februari 2024 dengan tema “Joyful Journeys: Drive into…
Berita Domestik
Tawaran GoValet percuma itu akan tersedia untuk pelanggan di sekitar Lembah Klang, Penang dan Johor…