GoCar Garage tawar khidmat Pick-Up dan Drop-Off percuma untuk penyelenggaraan kereta

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Peneraju platform perkhidmatan mobiliti, GoCar Malaysia kini menawarkan perkhidmatan GoValet Pick-Up dan Drop-Off secara percuma untuk memudahkan urusan penyelenggaraan kereta sehingga 31 Oktober ini.

Tawaran GoValet percuma itu akan tersedia untuk pelanggan di sekitar Lembah Klang, Penang dan Johor, di mana ia merupakan perkhidmatan dari pintu-ke-pintu, yang menyediakan pengambilan dan pemulangan kenderaan diservis ke rumah pelanggan dalam radius sehingga 40 km.

 

2

 

Sehingga 31 Oktober, tawaran GoValet percuma untuk 10 km pertama pengambilan dan 10 km pertama pemulangan merangkumi semua kerja penyelenggaraan, termasuk pakej penukaran minyak TotalEnergies Quartz & Rubia seperti berikut:

  • TotalEnergies Quartz Semi-synthetic 10W-40 (RM198)
  • TotalEnergies Quartz Fully-synthetic 5W-40 (RM328)
  • TotalEnergies Rubia Semi-synthetic 10W-40 (Enjin diesel) (RM198)

Rangkaian GoCar Garage sentiasa menawarkan minyak pelincir termaju TotalEnergies Quartz, lengkap bersama teknologi molekular tercanggih untuk memberi perlindungan, kecekapan dan ketahanan yang optimum kepada enjin.

Dibina berdasarkan kepada pengalaman selama 60 tahun, minyak pelincir Quartz telah diformulasi untuk memenuhi apa jua keperluan, dengan setiap formula melibatkan kajian, pembangunan dan ujian selama beribu-ribu jam.

 

3

 

Platform digital GoCar Garage membolehkan pelanggan untuk menyusun jadual temu janji servis, memilih jenis servis, meluluskan sebut harga sebelum kerja-kerja dimulakan serta membuat pembayaran, semuanya melalui aplikasi mudah alih GoCar.

Untuk mengetahui lokasi GoCar Garage dan menempah temu janji servis, anda boleh muat turun aplikasi mudah alih GoCar, atau layari laman web GoCar Malaysia.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Tambahan itu, usaha sama tersebut telah hadir menerusi satu kerjasama di antara GoCar dan bahagian…
Berita Domestik
Kempen tersebut akan berlangsung sehingga 29 Februari 2024 dengan tema “Joyful Journeys: Drive into…
Berita Domestik
Penambahan model EV baharu dan pelan langganan itu bakal memudahkan dan menjadikannya lebih mampu…