Tahukah anda? Toyota minta kilang buat tayar bentuk khas, nak angin lalu lebih cekap

oleh Muhammad Md Tajudin|
Toyota Aygo X
Toyota Aygo X
Pada November 2021 Toyota Aygo X diperkenalkan di Eropah dan dibangunkan dari platform GA-B.

Ini bermakna kereta kompak itu tidak lagi berkongsi platform dengan Citroën C1 dan Peugeot 107/08 seperti dua generasi dahulu.

Aygo juga sudah menjadi sebuah crossover kecil dengan huruf ditambah X sebagai tanda identiti baharu.

Perubahan itu selari dengan model lain seperti Yaris Cross dan Corolla Cross yang masing-masing mempunyai gaya badan crossover.

Dari segi saiz Aygo X memang kecil tetapi lebih besar daripada model terdahulu. Ukuran panjang 3,700 mm atau 235 mm lebih daripada model terdahulu. 

Jarak roda bertambah 90 mm kepada 2,430 mm, lebar 1,740 mm daripada 1,615 mm dan tinggi 1,525 mm daripada 1,460 mm.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Toyota Aygo X

 

Aygo X direka untuk melalui jalan raya terkecil di Eropah selain jarak pusingan hanya 4.7 meter dan di antara yang terkecil dalam segmennya.

Apa yang mahu diceritakan ialah, Aygo X tidak ditawarkan dengan nadi hibrid atau elektrik yang bermakna tiada kelebihan untuk penjimatan bahan api seperti nadi elektrifikasi lain.

Aygo X dibekalkan enjin 1.0 liter 1KR-FE tiga silinder berkuasa 72 ps dan dipadan bersama transmisi lima kelajuan manual atau S-CVT.

Enjin yang digunakan tidak sama seperti Perodua Axia atau Bezza. Selain tiada nadi elektrifikasi, Aygo X dipasangkan pula roda 17 inci atau 18 inci.

 

Toyota Aygo X

 

Di sebalik itu, Aygo X tetap ekonomikal dengan penggunaan bahan api 4.7L - 5.0L/100 km (manual) dan 4.9L - 5.2L (S-CVT) mengikut standard kombinasi WLTP.

Bagaimana Toyota mencapainya? Aygo X direka untuk memaksimumkan prestasi ekonomikal dari peringkat awal lagi.

Sebagai contoh, para jurutera Toyota bekerja keras bagi mendapatkan badan asas (body in white) dengan berat paling ringan berbanding mana-mana kereta segmen A atau B.

Ini dibuat walaupun dimensi Aygo X bertambah.

 

Toyota Aygo X

 

Selain itu, bampar depan dan arka roda dibuat supaya angin dapat dialir keluar daripada tayar bagi mengurangkan pergolakan di bahagian depan dan sisi kereta.

Arka roda belakang pula turut membantu mengalirkan keluar angin daripada tayar dan menghalakanya ke titik penumpuan di bahagian belakang kereta.

Tidak hanya tertumpu pada badan, jurutera Toyota turut bekerjasama dengan pengeluar tayar bagi merekabentuk tayar dengan bentuk yang membolehkan angin dialirkan secekap mungkin.

 

Toyota Aygo X

 

Di dalam industri automotif, syarikat kereta meminta tayar khas dan tertentu adalah perkara biasa.

Ada yang mahukan cengkaman untuk pengendalian dan sebagainya.

Namun pakej keseluruhan yang dibawa Toyota siap dengan tayar bentuk khas menunjukkan kesungguhannya bagi menghasilkan sebuah kereta ekonomikal!

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Toyota Aygo X

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Toyota, air boleh menyebabkan berlakunya litar pintas pada komponen elektronik selak pintu…
Berita Global
  Tacoma memiliki muka depan yang rugged dan menarik manakala 4Runner mewarisi ciri tersebut dan…
Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…