Tahukah anda? Sistem hibrid elektrik Corolla Cross Hybrid ada 8 tahun waranti!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Toyota Corolla Cross Hybrid
Toyota Corolla Cross Hybrid
Penawaran kenderaan elektrifikasi di negara kita sedang rancak dengan pelbagai model diperkenalkan.

Kenderaan elektrifikasi pula bukan tentang kenderaan elektrik sahaja malah turut merangkumi kenderaan yang digerakkan sistem hibrid.

Paling banyak di pasaran ialah kenderaan hibrid yang menggabungkan enjin pembakaran dalaman (ICE) dengan motor elektrik atau dipanggil HEV.

HEV bukan baharu, sebagai contoh UMW Toyota (UMWT) pernah membawa masuk Prius generasi ketiga pada 2009.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Toyota Prius

 

Maknanya dah lebih sedekad model hibrid Toyota berada di pasaran tempatan!

UMW Toyota kemudian memperkenalkan Prius C pada 2012 dan suatu yang menarik apabila harganya di bawah RM100,000.

Agenda hibrid Toyota diteruskan melalui pelancaran Camry Hybrid pada 2015 dan lebih menarik apabila dipasang di Shah Alam, Selangor.

 

Toyota Prius C

 

Perjalanan sistem hibrid elektrik Toyota kini memasuki generasi keempat dan anda sudah pun boleh merasainya di jalan raya tempatan.

Model mana yang dimaksudkan? Tidak lain tidak bukan, Toyota Corolla Cross Hybrid.

Pakej yang ditawarkan nampak ideal iaitu sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang digemari pengguna tempatan dan sistem hibrid untuk penggunaan bahan api yang efisien.

Tapi…boleh tahan ke hibrid ni?

 

Toyota Corolla Cross Hybrid

 

Pertama sekali, Toyota sangat berhati-hati dalam menerima dan membangunkan teknologi dan seperti yang dimaklumkan Corolla Cross menggunakan sistem hibrid generasi keempat.

Maknanya sistem itu telah melalui pelbagai evolusi dan pembaharuan.

Sistem baharu itu telah dipertingkatkan untuk menawarkan kecekapan bahan api yang lebih baik dan pecutan responsif.

Secara amnya, pakej hibrid pada Corolla Cross mempunyai enjin petrol yang efisien, motor elektrik berkuasa dan bateri hibrid elektrik berprestasi tinggi.

 

Toyota Corolla Cross Hybrid

 

Berikut angka prestasi Corolla Cross Hybrid:

  • Enjin 1.8 liter Dual VVT-I (2ZR-FXE) 98 PS @ 5,200 rpm, tork 142Nm @ 3,600 rpm
  • Motor elektrik 72 PS dan tork 163 Nm, output keseluruhan sistem 122 PS
  • Penggunaan bahan api 23.3 kilometer per liter (km/l)

Angka tersebut nampak meyakinkan bukan?

Bila bercakap tentang keyakinan bagaimana pula dengan jaminan?

 

Toyota Corolla Cross Hybrid

 

Sesetengah pengguna tempatan sangat cermat dalam membuat pembelian kenderaan dan mahukan nilai tinggi untuk keputusan mereka.

Namun mereka terbuka terhadap teknologi baharu seperti yang boleh dilihat pada Prius lebih sedekad lalu.

Satu daripada faktor yang mempengaruhi pembelian ialah khidmat selepas jualan dan jaminan.

 

Toyota Corolla Cross Hybrid

 

Memahami keperluan tersebut, UMWT memberi jaminan seperti berikut:

  • Lima tahun waranti kenderaan tanpa had perjalanan*
  • Lapan tahun waranti untuk hibrid elektrik juga tanpa had perjalanan*!
  • Pilihan 10 tahun waranti sistem hibrid dengan bayaran tambahan RM2,950

Waranti sistem hibrid itu merangkumi bateri Kenderaan Hibrid Elektrik (HEV), inverter dan kawalan pengurusan kuasa (ECU).

*Di dalam tempoh waranti

 

Toyota Corolla Cross Hybrid

 

Selain itu, UMWT turut memaklumkan sebuah kajian di Singapura yang melibatkan ratusan Prius yang digunakan untuk khidmat Grab menunjukkan prestasi yang baik.

Sejak diperkenalkan pada 2016, tidak ada satu kegagalan pun pada Prius tersebut dan ada di antaranya yang sudah mencecah perjalanan lebih 150,000 km.

Selain ciri-ciri di atas, apa lagi yang menarik tentang Corolla Cross Hybrid?

 

Toyota Corolla Cross Hybrid

 

Banyak dan kami senaraikan seperti berikut:

  • Mod kenderaan elektrik (EV) di mana kereta digerakkan kuasa elektrik dan tanpa petrol (jimat bahan api)
  • Penggunaan kuasa elektrik sepenuhnya pada kelajuan rendah atau semasa enjin melahu dan semasa mula bergerak (ekonomikal)
  • Apabila diperlukan, kuasa enjin petrol dan motor elektrik akan digabungkan dan memberi prestasi pecutan yang baik (prestasi)
Toyota Corolla Cross Hybrid

 

  • Lonjakan pecutan atau tork serta-merta daripada motor elektrik (keseronokan pemanduan)
  • Sistem bantuan pemanduan Toyota Safety Sense
  • Tujuh beg udara, kawalan cengkaman, kawalan penstabilan kenderaan, bantuan mula mendaki
Toyota Corolla Cross Hybrid

 

Dengan segala kecanggihan dan kelebihan yang ada, Corolla Cross Hybrid menawarkan satu pakej menarik di dalam sebuah kenderaan.

Satu lagi perkara yang perlu ditimbangkan ialah, secara realiti kenderaan hibrid lebih sesuai di negara kita sementara infrastruktur seperti pusat pengecasan sedang dibangunkan.

Harga Corolla Cross Hybrid bermula daripada RM139,991 dan boleh dikatakan berbaloi!

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Toyota, air boleh menyebabkan berlakunya litar pintas pada komponen elektronik selak pintu…
Berita Global
  Tacoma memiliki muka depan yang rugged dan menarik manakala 4Runner mewarisi ciri tersebut dan…
Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…