Syarikat kenderaan nasional ketiga - MITI jemput hantar cadangan

oleh HEZERI SAMSURI|
Menteri Perdagangan dan Industri Antarabangsa (MITI), Ignatius Darell Leiking menjemput pemain-pemain dalam industri automotif untuk menghantar pelan cadangan bagi menubuhkan syarikat kenderaan nasional ketiga.

 

Darell berkata semua cadangan yang dihantar akan dikaji oleh pelbagai agensi di bawah MITI, termasuk Malaysia Automotive Institute (MAI).

"Tarikh tutup untuk menghantar pelan cadangan ini ialah sebelum 15 Oktober," ujarnya ketika merasmikan Hari Terbuka MAI di Sabah.

 

 

"MAI juga akan membantu mereka yang berminat untuk mendapatkan teknologi-teknologi terkini di dalam industri automotif," sambung Darell lagi.

Ahli Parlimen Penampang itu juga berkata MAI akan membuka sebuah pejabat di Sabah untuk memberikan lebih banyak peluang kepada rakyat agar terbabit di dalam industri automotif.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengumumkan bahawa negara akan membuka syarikat kenderaan nasional yang ketiga. 

Butiran mengenai syarikat dan produk yang akan dihasilkan memang tidak pernah dibincangkan kerana kerajaan masih menimbang segala pendapat yang diberikan.

Ini ialah peluang untuk sesiapa sahaja masuk dan membentang pelan dan dasar yang diperlukan untuk projek tersebut.

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Berita Global
"Tidak semestinya ia kenderaan penumpang. Ia boleh jadi sebuah kenderaan komersil, atau kenderaan…
Berita Domestik
Dirasmikan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Ahmad Maslan bagi…
Hezeri Samsuri
For the past few days, Malaysians, who are generally very patriotic on the subject of the national…