Syarikat kenderaan hantar informasi masa nyata kepada kerajaan

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Nampaknya mereka yang gemarkan cerita-cerita pengintipan dan penyamaran pastinya akan terjegil mata membaca laporan terbaharu dari agensi berita Associated Press (AP).

Menurut AP, syarikat automotif di China dikehendaki berkongsi maklumat masa nyata (real time) setiap unit kenderaan elektrik mereka kepada kerajaan negara itu.

Lebih dari 200 syarikat automotif di sana termasuk Tesla, Volkswagen, BMW, Daimler, Ford, GM, Nissan, Mitsubishi dan banyak lagi akan menghantar informasi masa nyata setiap unit kenderaan elektrik mereka yang dijual di China kepada agensi kerajaan tersebut.

Syarikat automotif berkata ia adalah satu kemestian dari kerajaan dan mereka cuma mematuhinya sahaja.

Ramai pemilik EV berkata mereka tidak tahu menahu tentang pencabulan data peribadi mereka itu.

 

 

Kerajaan China mempunyai beberapa pusat pengawalan data itu dan antara informasi masa nyata yang diterima ialah lokasi kenderaan itu, kadar caj bateri yang tinggal dan sebagainya.

Data-data itu hanya untuk kenderaan tenaga alternatif seperti EV dan ia membantu pihak kerajaan menghasilkan perancangan yang lebih baik.

Menurut AP, alasan itu tidak diterima oleh para pengkiritik kerana ia mencabuli hak peribadi individu dan banyak data yang diambil tiada kena mengena dengan insentif EV yang diberikan.

Bayangkan kerajaan tahu di mana kenderaan anda berada sekarang, dan berapa kali anda keluar dan ke mana anda berada.

Mungkin tidak begitu menakutkan kerana sekurang-kurangnya, anda tahu di mana kenderaan anda jika dicuri.

Namun yang merisaukan ialah, adalah kereta-kereta dari China itu yang dijual di negara lain tidak dilengkapkan dengan kebolehan diintip oleh agensi lain? 


* Laporan penuh boleh dibaca di pautan ini.

Berita Berkenaan

Berita Global
Ketika ini Tesla sedang bergelut dengan perang harga dan penurunan jualan bagi kenderaan elektrik (…
Sukan Bermotor
Andi Farid Izdihar dari Indonesia yang mewakili Honda Asia-Dream Racing meraih tempat kedua dengan…
Berita Global
Kuantiti kenderaan elektrik (EV) buatan China semakin meningkat apabila pembuat kereta dan pengedar…