Syarikat EV China Byton hampir muflis - mula tak bayar gaji

oleh HEZERI SAMSURI|
Byton, sebuah syarikat kenderaan elektrik (EV) yang digembar-gemburkan dahulu sebagai satu syarikat EV yang bakal berjaya sudah mula tidak membayar gaji pekerja-pekerja dan membekukan pengeluaran seraya dengan perbicaraan syarikat itu di mahkamah tempatan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Syarikat Huaxun Network System Co dari Shanghai meminta makhkamah untuk memulakan prosedur bankrap kepada Nanjing Zhixing Energy Vehicle Technology Development Co, unti perniagaan utama Byton.

Byton diberitakan telah menggantung gaji pekerja dan menghentikan operasi kilang akibat dari perbicaraan yang berlangsung.

Syarikat itu menampilkan kereta konsep M-Byte dalam tahun 2018 dan sepatutnya melancarkan model pengeluaran dalam tahun 2019 tetapi gagal.

Byton diterajui oleh eksekutif-eksekutif dari BMW dan Nissan Motor dan bermula dalam tahun 2016. Pelabur awal syarikat itu ialah Foxconn Technology Group, Tencent Holdings dan kerajaan bandar Nanjing.

 

 

Dalam tahun 2017, ia bertukar nama ke Byton setelah mendapat suntikan dana sebanyak US$240 juta dari Suning and Fullshare Holdings.

Tahun 2018 melihat syarikat FAW Group menandatangani perjanjian kolaborasi dengan Byton dan pada tahun yang sama Byton membeli lesen pengilangan kenderaan dari FAW dengan kos sebanyak US$133 juta.

Masalah timbul seawal September 2019 bila ia tidak mampu melakukan suntikan dana dan pandemik Covid-19 menambahkan lagi masalah syarikat tersebut. Ia menggantungkan kesemua operasi domestik pada bulan Julai 2020 dan CEO Daniel Kirchert meinggalkan syarikat tersebut selepas itu.

 

 

Tiga pelabur utamanya, FAW, kerajaan Nanjing dan Foxconn dikatakan sudah hilang minat dengan Byton. FAW contohnya mempunyai perancangan untuk menjadikan jenama Red Flag miliknya kepada syarikat EV sahaja.

Byton mempunyai hampir 1,000 pekerja di China dan 500 orang di negara-negara luar termasuk US.

Persaingan dari pelbagai syarikat China baharu yang lain juga menggugat Byton. 

Mungkin Malaysia juga boleh belajar dari isu ini kerana jika projek EV tempatan tidak dikawal, kita akan kehilangan banyak idea dan syarikat yang baik.

Untuk berita penuh, lawati pautan ini - Nikkei Asia.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Bertempat di acara Frankfurt Motor Show 2019, Byton mengambil kesempatan untuk memperlihatkan…