Byton M-Byte EV - versi produksi kekal dengan skrin gergasi 48 inci!

oleh Mohamad Hanif|
Ini adalah versi produksi kepada crossover EV yang hadir dari syarikat pemula EV China, Byton yang pernah kami paparkan sebelum ini, iaitu kereta pertama di dunia dengan skrin gergasi di papan pemuka.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bertempat di acara Frankfurt Motor Show 2019, Byton mengambil kesempatan untuk memperlihatkan secara rasmi crossover elektrik M-Byte. 

Menurut Byton, crossover M-Byte itu akan mula diedarkan kepada pelanggannya di China pada pertengahan tahun 2020, manakala pasaran lain seperti Eropah dan Amerika Utara akan mula menerima bahagian masing-masing pada tahun berikutnya.

 


Antara ciri utama yang menjadi tarikan pada SUV elektrik ini sudah tentu skrin paparan gergasi bersaiz 48 inci melengkung yang melintangi bahagian papan pemuka M-Byte ini. 

Dikatakan ia merupakan kereta produksi pertama di dunia yang didatangkan dengan ciri skrin terbesar, dan dari segi rekaan ia tidak banyak berubah berbanding model konsep yang dipamerkan sebelum ini. 
 


Terdapat dua skrin tambahan yang mana salah satunya diposisikan di bahagian stereng bersaiz 7 inci, serta sebuah skrin di konsol tengah bersaiz lapan inci. 

Jika tidak mahu berinteraksi dengan skrin sentuh yang didatangkan, M-Byte menawarkan pelbagai mod interaksi seperti arahan berbentuk suara, isyarat tangan, pengecaman muka pemandu serta butang fizikal yang turut tersedia. 
 


Dari segi luaran, Byton telah mendatangkan sedikit kemas kini terhadap rekaan yang menawarkan daya seretan yang lebih rendah, terima kasih kepada garisan bumbung yang rendah dan aspek aerodinamik yang turut ditambah baik secara keseluruhannya. 

Jika diperhatikan dengan lebih teliti, ia disumbangkan oleh muka hadapan penuh tertutup serta pemegang pintu yang tertanam di dalam badan kenderaan. 
 


Untuk varian asas, M-Byte hadir dengan ciri pacuan roda belakang yang dikuasakan oleh motor elektrik tunggal berkuasa 268 hp dan pek bateri berkapasiti 72 kWh yang mampu memberikan jarak operasi sejauh 360 km.

Manakala varian yang lebih premium pula didatangkan dengan versi pacuan semua roda yang dipacu oleh motor elektrik berkembar berkuasa 402 hp. 

Manakala pek bateri 95 kWh pula membolehkan crossover elektrik ini dipandu sejauh 435 kilometer sebelum ia perlu dicas semula menggunakan slot pengecasan pantas DC 150 kW dan AC berjulat dari 3.7 kW sehinggalah 22 kW.

Jika menggunakan sistem pengecasan 150 kW itu tadi, Byton M-Byte mampu mendapat kapasiti bateri 80 peratus hanya dalam masa 35 minit sahaja. 
 


Difahamkan, harga jualan Byton M-Byte ini di Eropah akan bermula dari €45,000 (RM207 ribu) tidak termasuk cukai berkaitan dan subsidi dari kerajaan. 

Menariknya, walaupun SUV ini masih lagi belum memasuki fasa produksi lantaran kilang di Nanjing yang masih belum siap sepenuhnya, ia sudah pun menerima tempahan sebanyak 50,000 unit dari seluruh dunia!

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia hanya untuk pemilik individu dan bukan untuk kegunaan perdagangan seperti teksi, p-hailing dan…
Berita Domestik
Beliau berkata terdapat sasaran 10,000 kemudahan pengecasan EV di seluruh negara menjelang tahun…
Berita Global
Kuantiti kenderaan elektrik (EV) buatan China semakin meningkat apabila pembuat kereta dan pengedar…