Swindon Powertrain hasilkan motor elektrik versatil - sesuai untuk semua jenis kenderaan

oleh Mohamad Hanif|
Sebuah syarikat penghasil enjin perlumbaan dari Britain, Swindon Powertrain telah menghasilkan sebuah pakej trenkuasa elektrik yang lengkap untuk dijual kepada umum.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Motor elektrik itu dilihat merupakan unit yang sama pernah digunakan pada projek Mini elektrik yang turut dihasilkan oleh syarikat tersebut sebelum ini. 

Menggunakan sebuah motor elektrik 80 kW, ia mampu menghasikan kuasa yang setanding dengan kekuatan 107 ekor kuda, dan daya kilas kira-kira 280 Nm - angka ini berdasarkan unit motor yang sama terdapat pada Nissan Leaf. 

Trenkuasa elektrik ini boleh dimuatkan dalam layout melintang dan  dilengkapi dengan transmisi kelajuan tunggal, termasuklah inverter dan sistem penyejukan terbina. 

 


Menariknya, Swindon Powertrain mendakwa trenkuasa ini mampu dimuatkan ke dalam pelbagai jenis kenderaan - dari sebuah ATV sehinggalah kepada sebuah van komersil tanpa sebarang masalah. 

Ini kerana sejak dari awal, Swindon Powertrain telah mendatangkan rekaan cagak yang pelbagai serta keupayaan untuk memasang inverter dan sistem penyejukan mengikut kesesuaian dan bentuk kenderaan itu sediri. 

Selain daripada itu, Swindon Powertrain turut menawarkan perlindungan tambahan kalis air kepada trenkuasa bagi kenderaan off-road. 

Ia juga sangat ringan dan kompak, dengan berat hanya sekitar 70 kilogram sahaja. 


 


Namun, sistem ini mempunyai beberapa kekurangan, di mana pek bateri dijual berasingan dan tidak didatangkan di dalam satu pakej dari kilang. 

Selain daripada itu, trenkuasa kompak ini juga hanya sesuai untuk kenderaan enjin hadapan-pacuan roda hadapan (FF) atau enjin belakang-pacuan roda belakang (RR) di mana kenderaan ini mempunyai satu ruang untuk trenkuasa, transmisi dan gandar sekaligus. 

Harga jualan pula masih belum diumumkan oleh Swindon Powertrain. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Terdapat beberapa syarikat luar sudah pun mula menawarkan projek masing-masing, malah ada syarikat…
Berita Global
Model HPEV (High Performance Electrified Vehicle) itu bukan sahaja dibina atas senibina serba…
Berita Global
Jelas sekali, model M EV Concept ini dibangun menggunakan asas daripada sedan i4 M50, namun tampil…