Lamborghini LB744 - supercar PHEV, nadi V12, tiga motor elektrik, kuasa 1,001 hp!

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan sambutan ulang tahun yang ke-60, Lamborghini bakal membuka tirai baharu dengan kehadiran supercar plug-in hybrid (PHEV) yang diberikan kod LB744 pada tahun ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Model HPEV (High Performance Electrified Vehicle) itu bukan sahaja dibina atas senibina serba baharu, ia juga bakal menampilkan trenkuasa yang mampu menghamburkan kuasa melebihi 1,000 CV (986 kuasa kuda).
 

V12


Untuk model baharu ini, nadi bentangan V12 masih lagi dikekalkan, memandangkan Lamborghini sangat sinonim dengan enjin-enjin V12 sejak syarikat itu mula ditubuhkan.

LB744 membawakan generasi baharu enjin V12 (kod L545) dengan kapasiti 6.5 liter, berat sekitar 218 kg (enjin V12 paling ringan), julat putaran enjin maksimum 9,500 rpm, dengan angka output spesifik sekitar 128 CV/liter.

Nadi L545 itu mampu menghamburkan kuasa setinggi 825 CV @ 9,250 rpm sementara daya kilas maksimum sekitar 725 Nm @ 6,750 rpm.
 

V12


Selain daripada nadi V12, Lamborghini juga turut mengekalkan tradisi penawaran pacuan empat roda pada LB744.

Tatkala nadi V12 ditugaskan untuk mengendalikan gandar belakang, sepasang motor elektrik - masing-masing berkuasa 148 hp/350 Nm - diposisikan pada gandar hadapan (satu untuk setiap roda), sementara motor elektrik ketiga (148 hp/150 Nm) pula terletak di atas kotak gear klac berkembar lapan kelajuan yang boleh menyalurkan kuasa kepada gandar belakang.

Dengan bantuan motor elektrik itu tadi, trenkuasa baharu ini mampu menjana kuasa maksimum 1,015 CV (1,001 hp).

Selain menawarkan kuasa tambahan, motor elektrik itu juga turut mempunyai fungsi torque vectoring, mengoptimasikan dinamik pemanduan serta memulihkan kembali tenaga menerusi proses pemberhentian.

Tidak seperti kereta PHEV tipikal, supercar plug-in hybrid rata-rata mempunyai pek bateri berkapasiti kecil.
 

bateri


Lamborghini LB744 dibekalkan dengan pek bateri lithium-ion 3.8 kWh yang dipasang pada terowong tengah, bertujuan untuk memastikan agihan berat yang optimum dan mengekalkan titik graviti serendah mungkin.

Menurut Lamborghini, bateri itu boleh dicas kembali dalam masa 30 minit untuk penuh menggunakan kuasa 7 kW.

Dalam mod elektrik tulen, Lamborghini LB744 ini boleh bergerak dalam mod pacuan roda hadapan manakala motor elektrik belakang hanya akan diaktifkan dalam situasi yang memerlukan sahaja.
 

lamborghini


Melengkapi trenkuasa baharu itu ialah transmisi klac berkembar (DCT) lapan nisbah kelajuan yang diletakkan melintang di belakang enjin V12, bagi memberikan ruang kepada bateri lithium-ion yang disebutkan tadi.

Struktur kotak gear itu sendiri adalah kompak - panjang 560 mm, lebar 750 mm dan tinggi 580 mm - dengan berat sekitar 193 kg, membolehkan rekaan ruang kabin yang lebih luas untuk tujuan keselesaan.

Dari segi prestasi, ia turut menawarkan kadar penukaran gear yang lebih pantas berbanding kotak gear DCT tujuh kelajuan yang terdahulu dan dalam masa yang sama nisbah gear kelapan mampu mengoptimasikan tahap penggunaan bahan api sewaktu cruising.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Satu perkara menarik tentang casis LB744 ialah struktur depan dibuat daripada Forged Composite…