KEMPEN KESELAMATAN JALANRAYA 2024 ANJURAN AMI-SUZUKI MALAYSIA DISAMBUT MERIAH

oleh Firdaus Razani|
Pada 24 Januari yang lalu, Suzuki Malaysia Sdn Bhd telah melaksanakan Kempen Keselamatan Jalan Raya buat kali kedua sempena perayaan Tahun Baru Cina 2024 bertempat di Hentian Rehat Plaza Tol Sungai Besi Arah Selatan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
SUZUKI

 

Program tersebut juga merupakan inisiatif yang ketujuh dalam siri acara yang dianjurkan setiap tahun di bawah kumpulan syarikat AFY Mobility Industries (AMI) dan dirasmikan oleh Pengerusi Persatuan Pengedar Motosikal & Skuter Malaysia (MMSDA), Datuk Wee Hong.

 

SUZUKI

 

Acara kempen itu telah menyaksikan lebih 500 pengguna motosikal yang melalui kawasan penganjuran tersebut dengan memanfaatkan tawaran percuma untuk pemeriksaan keselamatan pada 16 bahagian motosikal oleh mekanik Suzuki yang terlatih.

Selain daripada pemeriksaan keselamatan tersebut, turut disertakan inisiatif penukaran topi keledar lama dengan yang baru, sarung tangan dan jaket keselamatan secara percuma.

 

SUZUKI

 

Pengurusi Eksekutif Kumpulan Syarikat AMI, Ahmad Faez Tan Sri Yahaya berkata, “Suzuki Malaysia berharap penglibatan dan usaha dalam penganjuran Kempen Keselamatan Jalanraya ini dapat membantu usaha pihak kerajaan dalam menyebarkan maklumat mengenai keselamatan jalanraya.

“Selain itu, dapat membantu mengurangkan statistik kemalangan dan kehilangan jiwa di jalan raya, terutama yang melibatkan kalangan penunggang motosikal.”katanya.

Kempen ini turut mendapat kerjasama daripada Persatuan Pengedar Motosikal & Skuter Malaysia (MMSDA) dan turut disokong oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalanraya Malaysia (MIROS) dan PLUS Malaysia Berhad (PLUS).

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Program yang berlangsung di stesen minyak Petron terpilih itu diadakan untuk memberi kesedaran…
Berita Domestik
Touch ’n Go dan PSKLM turut bekerjasama bersama MHA dan PLUS untuk menjalankan inisiatif unik itu…
Berita Domestik
Menteri Pengakutan, Anthony Loke menegaskan keputusan itu dibuat bagi menjimatkan kos yang menelan…